You don’t have to be big. You have to be remarkable

Mata Kucing Siap Kopek Memang Sedap

 Assalamualaikum... 

Mata Kucing Siap Kopek Memang Sedap | Memang sedap la makan bila dah siap kopek. Lagi lagi bila dah disejukkan dalam fridge. Boleh makan sampai tak ingat orang belakang.  Hehe.. 

Kalau kat kampung tak pandang sangat mata kucing sebab pokok mata kucing kat rumah aku selalu berbuah dan besar buahnya. Tapi bila kat sini bila teringin sangat nak makan buah mata kucing ni kena beli la. 

Semalam Lurviey keluar beli lauk basah, then singgah kat kedai buah tepi jalan beli buah mata kucing. Aku biasanya kirim buah naga dan buah mangga. Tapi disebabkan kerap sangat makan mangga dan buah naga, aku stop dulu tukar makan buah lain pula. Kebetulan pula ada buah mata kucing. 2KG RM10 sangatlah murah !

Lurviey balik aku basuh kulit mata kucing dan kopekkan, terus masuk dalam fridge. Makan sejuk sejuk nanti. Tak sempat sejuk, suku bekas Lurviey dah tibai. Hehe. Maklumlah sedap makan yang dah siap kopek. Kalau tak kopek memang lambat la nak habis buah tu. Family korang ada juga ke macam tu? Kalau tak kopek buah tu (contoh buah rambutan, mangga, mata kucing dll), jawabnya lambatlah habis buah tu. 

Malam semalam aku makan banyak tak ingat dunia, lepas tu angin satu badan. Baru je berangan nak tengok movie sambil makan maggi telur. Terus cancel !

 

 P/S: Nak masak apa eh lunch ni. Hari hari masak sampai tak tahu nak masak lauk apa dah ! 




Tag : emovere
15 Comment for " Mata Kucing Siap Kopek Memang Sedap "

sedapnya mata kucing makan sejuk2 perghhh memang asyikkk laa!!!
Dapat minum air mata kucing pun sodap gak ni ehhe

Uncle kalau satu ikat mata kucing... masak sorang je! hehehehe

Siap kopek kukit dan isi ..masuk peti sejuk kejap ..lepas tu laju je makan kan .. Rasa fresh buah mata kucing tu

Sedapnya buah mata kucing. Biasa makan terus je lepas basuh kulit tu. Dah siap kopek lagi laju habis tu. hihi

wahh memang sedapp. siap. kopek ni he hee
cik nor dtg follow ye

sedapnya makan buah mata kucing sejuk-sejuk

sama kat rumah ini. dan biasanya en suami yang jadi mangsa. tolong kopekkan buah dan kitaorang tukang makan hehehe

Sama jer ngan akak Nani...kalau x kopek x kan habis la buah tu..sampai busuk- busuk...ni ada stok manggis..mak suruh kopek letak dalam fridge, nanti habis la tu katanya

2kg RM10 ? Wahh murahnyaaa ^^ bagus kopek semua awal, senang trus makan ja hehehe

Biasanya yang buah lambat nak habis sebab tak kopek atau potong macam tembikau, betik, nanas dan mangga. Buah saiz kecik macam mata kucing kopek sendiri jew hihihiii.

Lamanya tak makan mata kucing hehehe. Sedap mkn sejuk2

mana gmbr buah mata kucing yg dh dikopek tuu.,. ;p

Sama macam buah rambutan, siap kopek then letak dalam peti sejukk pehhh lagi sedappp! Hehehehe

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top