Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Dirang- Bertengar Dengan Nenek Cucu Jadi Mangsa

Assalamualaikum

JOHOR BAHRU – Pembunuhan kejam Nurul Nadirah Abdullah yang mayatnya dibakar selepas dibunuh di sebuah rumah terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini Isnin lalu seolah-olah menjadi ‘kunci’ untuk ibunya mengingati beberapa kejadian yang menjadi penyebab kematian kanak-kanak itu.

Roselyn Alan, 25, memberitahu, dia baru teringat salah seorang daripada tiga suspek yang pernah bertengkar dengan ibunya, Milnah Jul, 52, mengeluarkan ugutan selepas ditegur mengenai kegiatannya mencuri kabel elektrik.

Katanya, suspek giat mencuri kabel sejak mendiami rumah kosong yang terletak berhadapan dengan rumahnya di tingkat empat Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

“Saya pernah dengar suspek mengugut ibu berbunyi: ‘Siaplah engkau, ingat aku takut nak berperang’. 

“Tak sangka pula mereka benar-benar maksudkannya dengan menculik dan membunuh Dirang (panggilan manja Nurul Nadirah),” rintih Roselyn yang masih bersedih.

Tambahnya, hatinya bertambah terkilan apabila Nurul Nadirah, 5, muncul dalam mimpinya malam semalam dan memberitahunya yang dia sudah okay sebelum memeluk dan menciumnya. Ketika itu Dirang muncul memakai seluar biru tanpa berbaju.

“Dalam mimpi itu, dia tanya emak cari saya? Saya kata ya... kenapa kau tidak balik dan dia kata dia sudah okay sebelum berlalu pergi,” cerita Roselyn.

Sumber: Kosmo Online

P/S: Bile mental tak sihat ni lah jadinye 
 
7 Comment for "Dirang- Bertengar Dengan Nenek Cucu Jadi Mangsa"

Semoga dirang tenang disana .. dan semoga pelaku mendapat balasan setimpalnya ..

sedih plak baca crite ni..

apepun, semoga bidadari syurga ini tenang di sana, amin!!!

sedihnye baca..semoga dirang tenang disana..

klu dah pencuri, namanya penjahat maka jadi pembunuh.....layak nya di hukum bakar juga....namun begitu, perginya suci, ganjaran buat ibunya juga,...dan itun takdirnya

Semoga dirang tenang kat sana. Tp kita takleh nak judge sape2 sebelum ada bukti2 yg sahih.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top