Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Nikmat Besar Tetapi Berbahaya

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Seperti minggu lepas aku share lagi apa yang aku baca dalam buku "Keinsafan di Penghujung Usia".



Ibrahim al-Yasar berkata: "Pada suatu hari aku berjalan bersama Ibrahim bin Adham menuju Kufah, dalam perjalanan tersebut dia berbelok menuju ke sebuah kubur seraya mengucapkan salam kepada ahli kubur." Aku bertanya : "Kuburan siapakan ini?" Dia menjawab: "Ini adalah kubur Hamid bin Jabir gabenor negeri ini."

Aku kembali bertanya: "Apakah yang telah terjadi dengan dirinya?" Dia menjawab : "Pada suatu malam dia bergembira menyaksikan suatu hiburan, kemudian selepas itu dia tidur serta bermimpi melihat seorang lelaki berdiri di dekat kepalanya sambil memegang sebuah buku. Kemudian dia menerima buku itu dari lelaki tersebut.

Ketika ia membuka buku tersebut, ternyata di dalamnya berisikan tulisan dari dakwat emas, tulisan tersebut berbunyi :

"Janganlah kamu mengutamakan apiku dari cahayaku dan janganlah kamu tertipu oleh kekuasaan yang ada di tanganmu di dunia ini, kerana ia akan menghalangimu dari apa-apa yang telah aku sediakan bagi kesudahan harimu. sesungguhnya apa-apa yang ada padamu adalah suatu nikmat yang besar, tetapi berbahaya. ia adalah suatu kekuasaan, tetapi juga suatu kehancuran. Ia adalah suatu kegembiraan dan kesenangan,  akan tetapi ia akan berakhir dengan kesedihan dan penyesalan yang sangat dalam. Maka kamu harus berhati-hati dengan segala perhiasan yang akan menjebak kamu dan membawa kamu kepada golongan orang-orang yang menemui kehancuran dan bersegeralah kamu kepada syurga yang luasnya adalah seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."

Selepas itu dia terbangun dari tidurnya dalam keadaan cemas dan takut. Lalu dia segera menghadap kepada Tuhannya dan meninggalkan taktha kekuasaannya. Dia lalu pergi ke gunung untuk beribadah. Setelah itu aku mendengar berita tentangnya, maka aku datang menemuinya, ketika itu aku melihat dirinya sebagai seorang lelaki yang paling baik. Aku sering datang kepadanya sampai dia mengucapkan selamat tinggal pada dunia yang fana ini.


P/S: Slm Jumaat Semua...


8 Comment for "Nikmat Besar Tetapi Berbahaya"

kisah yang menarik dan menggugah perasaan..

kisah yang menarik dan menggugah perasaan..

tersentuh hati baca.. nice dear..

sangat mendalam maksudnya dik... thanks sharing

btw, tmpt akak amik gmbr tu mmg ade orang... tp akak wat tak tau jek :)

Sebak..!
salam jumaat juga buat nani.. :)

bnyk entri kesedaran akhir2 ni. thumbs up dear! :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top