Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Pengalaman Kena Tinggal Dengan Bas Ekspress

Pengalaman Kena Tinggal Dengan Bas Ekspress | Personal Life | Katarsis NanieyBarnieyLurviey 

Assalamualaikum 


Tak pernah terfikir dalam kepala otak pun bahawa saya akan ditinggalkan bas. Grrr.. Kinda funny bile ingat seorang naniey yang punctual kena tinggal bas. Haishh.. Kejadiannya semalam, bas jam 9.45 pagi. Lurviey datang pick up then parking dekat Sentul, naik LRT Star terus ke TBS. Malangnya tren lembap macam siput la pulak semalam. Berhenti kat stesen PWTC punyelah lame. So sampai kat TBS tepat jam 9.45 pagi. Damn! Nak kena tukar pass lagi. Sampai kaunter nak kena queue pulak dah.. Akhirnya sampai lah giliran saya. Then pegawai in charge contact dengan person in charge kat tempat depart tanya bas saya masih ada atau belum. BAS DAH DEPART!!  Emm.. Speechless dan tak de rase apa-apa pun mase tu. Yang ada kat kepala otak muka mama. Sian mama. Saya dah janji nak balik hari Ahad tapi jadi macam ni pula. Duh.. Macam mane la nak inform mama. 

Tiket burn macam tu je. Redha je la. Ada la rezeki lain nanti, InshaAllah Aamiin Ya Rabb. Terus ajak Lurviey pergi duduk dulu relax. Dah penat galas backpack. Tak de rase sedih, tak rase nak marah cume terasa nak gelak. Sebab benda ni tak pernah terbayang pun akan happen kepada seorang naniey. Huahaha.. Agak lame juga duduk kat situ relax sambil mesej dengan adik untuk inform mama yang saya tak dapat balik. Dah hilang rase penat, pergi semula kat kaunter beli tiket nak balik hari ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya hari ini. Aamiin.. 


Settle beli tiket, terus gerak ke Sentul then Lurviey hantar balik hostel semula. Sumpah, badan penat sangat. Kononnya tak tidur semalaman sebab nak tidur dalam bas. Grrr.. On the way balik Bangsar jalan tetiba sesak, rupa-rupanya accident. Sepanjang perjalanan nak balik hostel ada 3 kemalangan. Yang paling teruk yang terbalik kat atas ni la. Hati-hati la bagi yang memandu kenderaan. Jangan terlalu laju dan memandu secara merbahaya. Sekian, sahaja entri kali ni. Yang naik bas pastikan tiba awal kat stesen sebab segala kemungkinan mungkin boleh berlaku. Macam yang happen kat saya. Selalu sampai awal tapi hari ni lewat pulak sampai kena tinggal dengan bas. Lewat 5 minit je kot. Harga 5 minit sama dengan RM44. Burn. Tak de refund ye. Refund hanya boleh dapat jika perjalanan dibatalkan atau bas delay selama 2 jam.



2 Comment for "Pengalaman Kena Tinggal Dengan Bas Ekspress "

pglmn sgguh ni..huhuhu..

mmg byk kemalangan skg..hatihati..

alahai.. nak buat mcm mnakan..
next time kna jaga jaga la kan.
mcm ciksu pon pengguna setia bas ekspress jga ni. hihi
kes semalam, hampir tertinggal kunci kereta dlm bas. huhu
dh sampai duta, dah jln sampai stesen teksi, nsb suami tnya.mna kunci kereta sbb sblm tu anak dok main.
apelagi terus cross jln tunggu bas ekpress td.nsb lah bas belum keluar hentian duta lagi. kalau tidak lagi lah merana.. huhuu mcmmna nk kejar bas tu..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top