Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Ayam Masak Halia Siap !

 Ayam Masak Halia Siap ! 


Assalamualaikum... 

Aku tanya mama nak masak apa lauk ayam, dan mama request nak ayam masak halia. Alright ! Ayam masak halia siap ! Dah lama juga aku tak masak ayam masak halia ni. Nikmat betul bila dapat makan dengan nasi panas dengan cuaca yang sejuk sebab hujan sekarang ni.

 

RESEPI AYAM MASAK HALIA MUDAH DAN SEDAP (KLIK UNTUK RESEPI)

 

Mudah kan? Ni makan dengan nasi panas panas memang menambah. Kalau ada cendawan butang tu lagi sedap. 

Sepatutnya hari ni kami dah gerak balik KL sebab esok aku ada appointment kat HTA (WCHKL)  tapi disebabkan takut dengan cuaca hujan ni kami batalkan dulu. Aku dah call HTA dan maklumkan dan aku masih menunggu nurse in charge untuk call aku balik bagi tarikh appointment baru.

InshaAllah Khamis ni gerak balik. Kali ni balik tak best sangat sebab adik beradik tak de dan internet connection pun teruk juga.nJadi aku tak boleh nak blogwalking lagi. Aku terjah korang bila aku dah balik rumah aku nanti. Aku update blog ni pun mengharap pada mobile hotspot dengan kuota 3GB je. Adehh... 

 

P/S: Aku rasa ni kali pertama aku balik sekejap je kampung. Biasanya paling kurang pun 2 minggu.

 

 

Tag : food
6 Comment for "Ayam Masak Halia Siap ! "

Harum jew aroma halianya kan. Menambah selera ni tau.

Alamak...mesti sedap ni kan....tengok pun nampak sedap tu ha....

Sedapnya Naniey, makan pulak dengan nasi panas. Boleh bertambah nasi. Semoga urusan Naniey dipermudahkan hendaknya. Aamiin ..

Lama jugak tak masak ayam masak halia ni. Macam naniey cakap, sedap betul kan makan panas panas dengan nasi panas. Nak masak pun mudah.

Semoga segala urusan naniey Allah permudahkan. Aaaminn...

Saya patut try masak ni one day!

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top