Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Kak Za Tomyam Pasir Puteh

 Kak Za Tomyam Pasir Puteh 


Assalamualaikum...

Setiap kali balik kampung memang wajib aku cari Kak Za Tomyam ni. Dulu Kedai Kak Za ni kat atas pasar lama Pasir Puteh tapi sejak pasar dirobohkan peniaga peniaga kat situ sudah berpindah ke tempat lain. Ada yang berpindah ke Pasar Baru Siti Hajar dan ada juga di tempat lain. 

Kak Za Tomyam ni memang tempat aku lepak makan dengan kawan kawan lepas habis tuisyen dulu atau bila keluar ke bandar dengan kawan kawan. Kat sini lah kami makan sebelum balik naik bas. Menu apa? MAGGI TOMYAM ! 


Maggi tomyam ni kalau kat KL aku teringin sangat nak makan aku pergi cari tomyam thai yang pekat tu. Tapi susah nak jumpa. Maggi tomyam Kak Za ni memang pekat dan bila campur dengan Maggi Kari memang sedap sangat. 

Lokasi: Depan Plaza MARA Pasir Puteh. 

 

P/S:  Macam nak beli lagi je. Sebab hari ni last day sebab Lurviey cakap balik esok. Nak ambil stok hari ni.

 

 

Tag : food
8 Comment for "Kak Za Tomyam Pasir Puteh "

Belah belah sana tomyam dia memang sedap kan naniey. Alang alang dah balik kampung tu, rugi kalau tak pekena tomyam favourite.

Rinduu nk jln2 klate
Nmpk sedappp megi tomyam nani

Kena buat rombongan ke KB la macam ni....

Tergoda tengok maggi tomyam tu. Kalau akak macam ni memang wajib tapau bawa balik KL ni...

tu dia meggie tomyam campur kari pekat. sedap oo

Sedap ni. KA kalau balik kampung laju je ke belah2 tepi Pasar Siti Khadijah sebab ada satu kedai hujung tu mee celup dia memang umphhhhhh! Satu lagi di Demit. tak tahu ada lagi ke tak sekarang.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top