Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Oyster Sedap Murah Dan Segar Di Ainol Kerang Bakar 223

 Oyster Sedap Murah Dan Segar Di Ainol Kerang Bakar 223

 

Assalamualaikum... 

Sebenarnya dah lama aku teringin nak makan raw oyster. Sebelum pregnant lagi. Tapi tu la susah pula nak jumpa. Kalau ada pun kat hotel banyak la. Bila pregnant ni memang aku rasa tak boleh nak makan raw oyster. Dua minggu lepas Lurviey tunjuk kat aku video daily makan, makan Osyter kat tempat kami selalu lepak zaman study. Situlah port budak UM pekena nasi lemak mapley waktu malam.  Jalan 223 Petaling Jaya. 

Malam tu, lepas maghrib Lurviey terus ajak ke PJ tapi malangnya masa sampai tu dah habis. Nama kedai tu Ainol Kerang Bakar 223. Selang beberapa hari lepas tu jam 6 petang Lurviey ajak pergi lagi sekali. Tapi sebelum pergi tu call dulu tanya stok dah ada ke belum sebab takut nanti sampai stok tak de lagi. Alhamdulillah stok ada. Gembiranya hati ! 

Ainol Kerang Bakar Jalan 223 Petaling Jaya 

 

Kat gerai Ainol Kerang Bakar Jalan 223 Petaling Jaya ni ada oyster, ada kerang bakar, mentarang, kepah dan lain lain lagi. Yang istimewanya sosnya resepi Kak Ainol sendiri. 


Harga oyster dari RM5-RM8 mengikut saiz. Memang puas hati. Aku minta Lurviey beli 5 oyster saiz ikut suka hati janji dapat makan. Oyster yang Lurviey beli ni bukan yang mentah tapi yang dah dicelur.  Alhamdulillah.. 

 


Balik rumah solat maghrib dulu baru boleh menjamu selera dengan tenang. Lurviey ada beli kerang bakar juga. RM12 1 pek ni. Dah lama sebenarnya aku tak makan kerang bakar ni. Last makan rasanya zaman aku kerja dulu. Lepas tu stok kerang dah susah nak dapat dan kedai tomyam pun dah jarang ada jual kerang bakar ni. 


Oyster yang diperah dengan lemon dan diletak dengan sedikit sosnya. Memang sedap sangat kombinasi lemon dan sos resepi Kak Ainol ni. Memang aku tak boleh nafikan kesedapan dia. Tak tahu nak describe macam mana rasa sedap oyster tu. 

Teringin nak makan lagi tapi tu la tak rajin nak ke sana. Batu Caves ke Petaling Jaya dengan perut besor gini malas pula rasanya duduk dalam kereta lama lama. 


P/S: Tak silap aku Ainol Kerang Bakar ni adalah owner yang sama jual Ainol Tauhu Bakar 10 tahun lepas kot. Sebab seingat aku, memang pernah makan tauhu bakar kat 223 ni. Sup Amin pun fave aku juga tapi Lurviey cakap Amin dah tak de. 





Tag : food
11 Comment for " Oyster Sedap Murah Dan Segar Di Ainol Kerang Bakar 223"

Nampak segar betul oysters tu, kerang pun besar-besar. Bole la try bila-bila.. Alhamdulillah dah nak dapat baby, moga dipermudahkan urusan. Aameen.

Alamak...nampak sedap la...kalau staycation kat area PJ boleh la pi sini...bestnyaaaa

telan airliur jela tgk gmbr siang2 ari ni.. haha..

xpernah lg merasa oyster ni..
teringin jgk nk mkn tp xnk yg mentah.. haha

salam ramadhan n selamat berpuasa..

Oyster mentah juju tak pernah rasa, tp nampak kt melaka ritu kt pasar malam ramai berebut nak beli oyster bakar rasanya... menariknya!

besar juga tu...raw oyster tk brp bole telan tp kalo yg bersalut ngan cheese suka....bln puasa menu kerang pn suka

Uncle tak pernah cuba oyster... kerang tu selalu...

mama tak penah lagi makan oyster. besar sgt tak tau nak makan camne hihi

Dapat jugak makan apa yang dihajati. Menggoda betul tengok kerang besar besar tu. Sedapnya kerang bakar.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top