Referral Untuk Check Up Previous Scar Czer
Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari Selasa selamat sampai Gombak jam 6 petang. Dah sampai bukan terus balik rumah tapi pusing cari makan dulu kat Nasi Lemak Ujang. Jam 7 petang baru sampai rumah. Alhamdulillah cuaca baik sepanjang jalan. Cuma bila masuk Highway Central Spine Road tu dah mula start hujan. Nasib baik hujan biasa sahaja dan tak selebat seperti masa aku nak balik kampung hari tu.
Kredit: hellodoktor.com |
Rabu pagi dah kena pergi klinik untuk check up. Nasib badan tak penat sangat. Cuma mata macam mengantuk sikit. Sampai turn jumpa doktor, aku terus bagitau doktor pasal parut czer belum check lagi. Dan kebetulan sebelum jumpa doktor tu aku dah call HTA pasal appointment untuk scan baby dan dapatkan tarikh baru. InshaAllah next week . Doktor terus tulis dalam reference notes tu untuk check parut czer tu sekali (either boleh buat terus or dapatkan tarikh appointment). Lega aku bila doktor refer kat HTA tu juga. Aku harap dapat bersalin pun kat HTA. Tak nak Hospital Selayang sebab aku rasa HTA lagi mudah nak reach dan lebih convenience.
Berdebar pun ada juga ni. Dah 7 bulan, nurse pun dah bagitau untuk siapkan kelengkapan baby. Pakaian baby macam romper or baju lubang lubang tu aku guna yang Naura je dan akan beli baru juga nanti macam selimut, tilam, stokin dan lain lain yang berkenaan. Hehe..
P/S: Teringat kat cousin aku. Dah 5 kali czer. Alhamdulillah rezeki dia dapat anak ramai. Biasanya kalau czer up to 3 orang je.
5 Comment for "Referral Untuk Check Up Previous Scar Czer "
Semoga dipermudahkan semuanya.
Cici 2x czer. Tu lah pernah dengar orang czer 3,4 kali juga
Alamak seram...part Czer ni la yang takut....hehehehe
Semoga semuanya baik-baik sahaja untuk Naniey dan anak yang bakal lahir.
udah masa utk siapkan beg bersalin dah. senang nanti kan
Semoga segala urusan naniey, Allah permudahkan. Aamiin...
Macam kakak saya czer 3x tak boleh ada anak lagi, risiko katanya. Apapun rezeki masing masing.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)