Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Resipi Apam Pisang Gebu Dan Berurat

 Assalamualaikum.. 


Resipi Apam Pisang Gebu Dan Berurat | Memandangkan ada pisang terlebih masak, aku buat apam pisang sambil nak membalas pinggan Cik Ros sebelah rumah. Banyak juga dapat untuk satu adunan. Di sebabkan sedap *masuk bakul angkat sendiri* aku simpan resipi kat sini senang untuk aku buat next time. 


CARA BUAT APAM PISANG GEBU DAN BERURAT .


Bahan-bahannya

  • Pisang besar 4 biji (dapat 2 cawan lepas lenyek) - nak apam berurat jangan blend.
  • 1 cawan gula perang (aku guna gula putih)
  • 1 cawan minyak
  • 3 biji telur 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk soda bicarbonate
  • 1 sk baking powder 
  • Sedikit esen vanilla atau pisang (tak guna sebab habis)
  • Acuan kuih lompang 

Cara-caranya

  1. Lenyek pisang sampai hancur dan ketepikan (biarkan sejam if nak warna gelap)
  2. Blend gula, minyak dan telur
  3. Kemudian masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder, esen vanilla/pisang dalam bahan blend tadi. Kacau guna sudu je. 
  4. Masukkan pisang yang dilenyek dan kacau sebati.
  5. Sapu minyak pada acuan dan sudukan adunan
  6. Kukus selama 11-14 minit. Siap !!

Apam untuk Cik Ros dah siap hantar. Alhamdulillah. Petang kang baru hantar apam kat rumah mama. Hari Ahad, nak relax relax je kat rumah. Tak rajin nak ke stor sebab jalam memang jem teruk dah ni sempena Thaipusam. 


P/S : Jalan jalan kat blog korang je la... 

Tag : resepi
12 Comment for "Resipi Apam Pisang Gebu Dan Berurat"

Berurat tu dah ala-ala sado tu! hehehe

Ooo maknanya kalau kita blend habis hancurlah urat pisang tu ye.
Terima kasih kongsi idea.

Alaaa... knp jalan² x bawak sekali apam pisang? hehehe... cantik kejadiannya... mmg kena repeat kan.. br semangat buat bila menjadi mcm ni

terliur sangat tengok... kalau buat mesti x jadi... :((

tetiba hidung saya terbau bau pisang yang maha sedapppppp

terliur pulak tgk.. tak pernah bt lagi tp tgk bahan2 mudah nk bt

nampak sedap tuuu.. makan petang2 dgn air teh o panas.. fuhh

Sedap kalau just siap dengan panas2 tu.. gebu2 lak tu hahahah :D

Sedap . Makan petang-petang bersama teh o panas ni . Layannn

terserlah kegebuannya.. sedapnya buat nak buka posa ramadhan nanti

Gebu gebas apam pisang ni. Sedap makan panas-panas ni. Satu tak cukup! Terima kasih share resipinya. Rasanya macam tak pernah buat lagi apam pisang. Nanti boleh cuba.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top