Assalamualaikum ...
Cuti Sekolah Seminggu | Rasa macam baru je cuti walau pun cuti Thaipusam sehari hari tu. Now cuti lagi, jadi boleh relax kejap dari berkejar kejar nak masak dan fikir untuk bekal Naura.
Semalam dah janji dengan Naura dan Aryan nak breakfast kat Kopitiam Lembah Melewar sebab soto dan mi kari ada hari Sabtu Ahad je. Dah kenyang makan, pusing pusing taman sekejap. Anak anak dah menuntut janji nak pergi Eco. Tapi tu la jalan jem teruk. Masa pusing pagi tadi kat Taman Greenwood tu pun panjang kereta nak lepas traffic light.
Rasa macam nak keluar dengan Grab tapi mengenangkan Naura dan Aryan jenis super duper aktif dan mommy pula mudah bertukar jadi 'singa'. Susah juga kan? Hehe.. Jadi duk rumah je la dulu. Tunggu dua tiga hari lagi baru boleh pergi. Nak topup stationery Naura juga sambil cari barang 'inner child' diri sendiri. Lol !


7 Comment for "Cuti Sekolah Seminggu"
Tunggu tenang²..nanti keluar pula..kalau jalan jem ni memang stress jadinya
Sama la, Akk tunggu reda sikit trafiknnya, nak cari barang Kakak di Eco
Cuti sekolah seminggu bersambung pulak nak puasa kan memang sana sini jem la.
Minggu ni memang jem jalan tu tak boleh bawa bincang ya.
semalam saya dari selatan nak balik ke KL, ramai betul kereta menuju arah selatan.. semua nak sambut posa kat kampung agaknya
Oh sama juga dengan di sini yaa, anak2 libur seminggu awal ramadhan. Kamipun di rumah saja kak, 😄. Belum semangat pergi2 kalau masih awal puasa 😅😁
Macam mana bunyi singa tu mengaum kan? Hehehe
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)