Assalamualaikum ..
Dah Dapat Nasi Sup Kak La | Alhamdulillah, akhirnya misi nak makan nasi sup Kak La tercapai. Minggu lepas berapa kali lalu jalan tutup dan kedai pun tutup sebab ada pembaikan salur paip secara berperingkat area situ.
Last year tengok Abe La (Senok Perut) pergi kat situ dan dah lupa ingatkan nasi sup daging rupanya nasi daging bakar.
Daging bakar sedap dan lembut, cukuplah portion seorang makan. Kalau nak share memang tak cukup.
Lepas tu add on telur dadar tapi tu la, agak tak bernasib baik dapat telur dadar berendam minyak. Terlalu berminyak. Next time memang tak order dah.
Sup kosong sedap dan ada daging sikit sikit. Kalau nak lagi sedap letak sambal yang dia bagi tu. Aku letak dalam sup memang sedap hirup.
Secara keseluruhannya kalau betul betul craving nasi sup dan malas ke tempat lain, aku akan datang sini 🫣. Next port nak cuba Warung Mee Celup Ustaz.





4 Comment for "Dah Dapat Nasi Sup Kak La"
kedai makan memang guna minyak masak yang banyak kalau nak goreng telur dadar. dorg nak dapatkan effect garing tu.
Sup nampak mengancam 😋
Daging kadang2 tak boleh makan sebab liat sangat. Kalau lembut ok lah kan. Lauk pauk semua menyelerakan la.
Sup dengan kuah light begini yg saya sukaaaa 🤩🤩🤩. Comfort food sangat. Kita samaaa kak, tak suka telur yg berminyak sangat begitu.
Kami sebutnya telur barendo , tp tuhlah, kebanyakan telur yg mengembang begitu pasti oily Krn harus dimasak dlm minyak banyak.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)