Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Idea Potluck Jamuan Akhir Tahun Pasti Naura

 Assalamualaikum ... 

Idea Potluck Jamuan Akhir Tahun Pasti Naura | Sebelum ni aku pernah kongsikan Idea Potluck untuk kanak kanak sebab sebelum ni pengurus Pasti kat Naura belajar ni bebas dan tak letakkan senarai apa yang perlu di bawa. Biasanya aku buat muffin coklat dan air kotak je tapi sejak ada pengurus baru ni, memang ada senarai menu potluck jadi ibu bapa perlu pilih menu apa yang mereka nak bawa nanti. 

Dua minggu lepas pengurus ada maklumkan 10 Disember nanti ada Jamuan Akhir Tahun dan tema adalah bebas serta konsep jamuan adalah Potluck. Jadi aku plan nak buat sandwich telur je nanti. Lepas tu ada sorang ibu ni minta senarai menu untuk mudahkan ibu bapa. Jadi pengurus pun bagi senarai seperti kat bawah ni - 

IDEA POTLUCK UNTUK JAMUAN SEKOLAH ANAK ANAK TABIKA/TADIKA/PRA SEKOLAH.


Makanan Berat (1 orang hanya boleh bawa sebanyak 20 portion kanak-kanak sahaja)

  • Sate Ayam - 3 orang
  • Mee Goreng - 3 orang
  • Kuey Tiaw - 3 orang 

Makanan Ringan (1 orang hanya boleh bawa sebanyak 20 portion kanak-kanak sahaja)

  • Donut - 2 orang
  • Puding - 2 orang
  • Bolognise - 2 orang
  • Dadih - 2 orang
  • Air kotak - 3 orang
Buah - Buahan (Buah hendalah dipotong siap) 
  • Betik - 1 orang 
  • Tembikai - 2 orang
  • Anggur - 2 orang
  • Naga - 2 orang
  • Epal & Pisang-2orang
Dan

  • Pinggan Plastik - 1 orang (80pc) 
  • Cawan Plastik - 1 orang ( 80pc )

Aku rasa aku orang yang paling awal tengok whatsapp group sebab aku orang pertama yang memilih. Hehe.. Kali ni aku pilih cawan plastik je sebab kebetulan memang ada stok cawan plastik balance aku buat open house tahun lepas. Mudah kan? Dan aku akan buat juga sandwich telur nanti untuk sebuku roti je sebab memang aku dah niat nak buat. InshaAllah... 

Hari ni penat sangat sebab asyik bersin bersin je. Nasib baik hari ni siap masak awal. 11.30 pagi dah siap masak lauk. Aqeel pun bagi kerjasama. Elok je siap masak semua baru Aqeel bangun. 


P/S: Sabtu ni kena split dengan Lurviey. Aku pergi  majlis convo Naura dan Lurviey hadir ke Taklimat Tahun 1. Convo ek? 


Tag : emovere
7 Comment for "Idea Potluck Jamuan Akhir Tahun Pasti Naura"

Wah menu pon dia dah siapkan untuk kita. Ingatkan mak ayah sesuka hati je boleh bawa apa2. Ni mesti nak elak pembaziran kan

Senang macam tu takdela bawak banyak2. Nanti tak berhabis makanannya.

Dadih tu mesti laku keras punya... budak2 memang suka dadih!

Bagus cikgu bagitau awal, senang nak prep. Semoga majlisnya berjalan lancar

Pinggan dan cawan plastik yang akan laku keras
sebab setiap orang mesti ambil.

Selalu bab makan2 ni saya selalu pilih air. Hehehe...dulu2 beli vitagen banyak2.

ammi pulak, esok ada jamuan sekolah Alip. Dan sebab ammi pun antara yang awal nampak mesej, jadi ammi terus je masukkan nama alip di bahagian air kotak. Ahakssss....mak mmg suka mengelat

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top