Assalamualaikum...
Breakfast Di Restoran Az Zahra Bistro | Lepas solat Subuh pagi tadi, Lurviey ajak keluar breakfast mamak. Aku cakap kejap lagi la nak rehat dulu kan sebab Aqeel baru je tidur.
Lebih kurang pukul 9'pagi, Lurviey ajak lagi sekali pergi mamak. Teringin roti canai katanya. Aku suruh Naura dan Aryan bersiap dan kemudian kami gerak ke Restoran Az Zahra Bistro taman belakang.
![]() |
| Share dengan mommy. |
Aryan nak mee goreng mamak dan Naura tak nak makan katanya. Aku saje la order maggi sup kat mamak ni sebab dorang biasanya makan maggi goreng. Jadi aku saja order lain sikit. Aku tak order apa apa sebab tak rasa nak makan apa pun but for sure nanti kena habiskan makanan anak anak juga.
![]() |
| Macam masak kat rumah cuma lain sikit rasanya. |
Terkejut aku bila maggi sup sampai, dia buat macam masa maggi 'maggi' tu. Aku ingatkan sup jernih tu sebab biasa dulu kalau aku order kat kedai mamak, sampai maggi sup jernih tu. Dah order kena habiskan lah. Naura dah macam tak nak dah makan sebab nampak macam pedas tapi aku yakinkan Naura rasanya pedas sikit sikit je.
![]() |
| Makan bersulam air 😂 |
Then minta mangkuk dan asingkan dengan kuah tu. Nasib baik la habis separuh juga makan. Separuh lagi mommy yang kena habiskan. Macam mana berat nak turun? 😅
Dah siap breakfast terus pergi 99 Speedmart pula. Terbang lagi beli jajan kat situ. Bila keluar macam tu la. Nak pergi breakfast je kan...
P/S: Esok dah Disember !!!
Tag :
Intan payung




10 Comment for "Breakfast Di Restoran Az Zahra Bistro"
Lahh..ingatkan maggi sup yang sup jernih tu. Rupanya macam maggi kita masak je guna perencah tu.
hihi...kalau makan kat luar memang diet kita kelaut dalam.
Setiap kedai tu tak sama pemahaman mereka kan. Kita bayang kalau sup tu macam mi sup tu la kuahnya tak letak perencah kari. Mungkin kedai tu kalau sup tu kira maggi kuah sekali perencah.
PH suka kalau megi sup kuah jernih tu, lepas tu letak banyak sayur. Sedap!
Maggi sup tu sedap kalau makan masa suasana sejuk. Fuhhh hirup kuah dia sedap.
Parents memang selalunya 'tukang habiskan' left overs! Hahahaha
Hahahaha betul order byk2 last2 kena habiskan makanan anak
kalau akak order maggi sup pun akan dapat maggi kari macam ni...jarang dapat yang kuah jernih.
Biasa la kan dulu mak2
La
Tukang habis
Takpe janji ank mkn jga walau sikit
Begitulah kalau dah keluar.. Akan ada jajan tambahan.. kikiki..
Saya malah belum terbayang Maggie dengan kuah sup jernih yg dimaksud 😅. Tidak ke kedai mamak pasti pesannya mi goreng, canai, roti telur, atau tosai. Tapi Maggie yg inj pun kliatan sedap kak
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)