Assalamualaikum...
Rezeki Dapat Tudung Bawal Percuma | Siapa tak suka barang percuma kan? Last week aku order tudung bawal untuk aku dan juga untuk Naura dan juga tudung sarung. Sabtu kan Naura nak sukan jadi aku nak cari tudung bawal instant warna hitam untuk dia pakai. Sekarang apa-apa barang kecil aku akan guna shipping 'same day delivery' kat shopee. Jenis kurang penyabar macam ni la. Nak time tu juga kan. Hehe..
Aku order hari Jumaat sebab pagi Sabtu tu nak guna dah. Petang Jumaat sampai dan bila aku buka parcel, kecewanya sebab seller hantar warna blue black. Tudung bawal aku pun sama seller hantar warna blue black juga, sedangkan aku order tudung bawal warna hitam. Geram tapi apa aku dapat dengan geram dan nak marah. Mulanya niat nak return tapi tak jadi sebab bukan tak boleh pakai pun tudung tu.
Jadi pagi tadi aku order baru tudung bawal instant untuk Naura je dengan seller yang sama. Lepas tu aku letak remark macam dalam gambar kat atas tu. Hehe..
Apapun rezeki jangan di tolak. Sebelum tu aku dah confirm dengan seller dulu dan bagi gambar kat chat takut la mereka silap packing order orang lain kan. Tak kan la aku nak pakai benda yang bukan hak aku. Then seller jawab "free gift". Rezeki hari Selasa. Syukur Alhamdulillah...
P/S: ...................................




8 Comment for "Rezeki Dapat Tudung Bawal Percuma"
Alhamdulillah, seller yang bertanggung jawab juga lah kan Naniey
Uncle suka kalau dapat barang percuma... tapi kalau dapat tudung bawal, tak sulka la....
Alhamdulillah..rezeki tu
Alhamdulillah
Akak pun selalu kena mcm tu..sabar jer la...
rezeki jgn ditolak .. kannn
rezeki tk pernh slh alamat
Boleh pulak dia silap hantar warna tudung. Mujurlah jenis bertanggungjawab. Dapatlah tudung tu as gift. Ada hikmahnya tu.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)