Assalamualaikum...
Buat Surat Beranak Baru | Bulan lepas aku nak kena complete borang DDA (Pembahagian Harta Pusaka Kecil) di sebabkan aku tak dapat balik dan hadir sama dengan mama dan adik beradik yang lain a. Di sebabkan itu, aku kena lengkapkan borang dan dokumen yang diperlukan seperti surat beranak. Jenuh aku mencari surat beranak aku sebab aku yakin aku simpan dalam fail sijil sijil aku tu je. Tapi tak de.
![]() |
| Naik grab dengan Aryan |
Nak tak nak aku kena buat baru surat beranak di JPN sebab dengan surat beranak tu ada maklumat ibu bapa semua. Aku pergi JPN bawa Aryan dan Lurviey jaga Aqeel kat rumah, Naura kat sekolah.
![]() |
| Surat beranak baru dah siap ! |
Sampai JPN bagitau nak buat surat beranak baru untuk diri sendiri dan perlu salinan kad pengenalan. Dapat nombor giliran dan aku keluar sekejap cari kedai photostat. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. Dah siap fotostat IC terus masuk tunggu giliran aku, tak de lama sangat cuma bila bawa Aryan dia la yang bosan.
Sampai turn aku, finger print IC then check maklumat dalam surat beranak dan bayar RM5 sahaja. Tunggu sekejap untuk dapatkan surat beranak asal aku. Rindu surat beranak dulu, Saiz kecil je. Hehe.. Dah settle surat beranak baru boleh pergi angkat sumpah borang DDA tu. Kalau tak disebabkan borang DDA tu memang aku tak buat pun surat beranak ni.
P/S: Kalau korang nak buat surat beranak baru, jangan lupa fotostat IC ye !!



6 Comment for "Buat Surat Beranak Baru "
Macam uncle juga... mesti nak panggil 'surat beranak' Padahal nama dia Sijil Kelahiran.... hehehehe
Semoga dipermudahkan urusan.. aminn
kak ana pun lama dah bertangguh nak buat surat beranak baru dik, maklum lah dah nak hancur dah rupa yang asal, usianya pun dah lebih 50 tahun hehe :)
Ciknur pun dah tukar baru sb yg lama jenis kecik
Kan dqh lusoh so tukar baru besar dan lawa sikit
Maklum la surat beranak dulu asyik usung sana sini he heee
Pernah buat juga surat beranak baru sebab yang lama entah mana hilang. Lepas siap yang baru, eh elok pulak jumpa lam. Ada 2 surat beranaknya dah. Nampaknya bayaran tu masih sama lagi.
Surat Beranak saya dah kuning...
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)