Assalamualaikum...
Emping Melinjo Super Cap Layar Kertas | Empeng Melinjo atau rata rata di antara kita sebut kerepek melinjo, belinjau, melinjau ni aku order kat TT, dapatlah harga RM2 sekilo sebab dapat diskaun RM30 TT bagi sebab akaun baru. Asalnya harga RM32.
![]() |
| 1 kotak = 1kg |
Emping Melinjo Super ni produk Indonesia. Rasanya lemak lemak pahit. Tu yang lagi bikin ketagih tu. Kalau beli yang dah siap goreng tu sikit je. Beli yang kering dan goreng sendir lagi puas makan.
Kerepek melinjo ni di buat daripada biji buah melinjo. Aku pernah tengok dokumentari tentang pembuatan kerepek ni sepintas lalu je. Tak mudah juga buatnya. Patutlah mahal.
Nak makan kerepek melinjo ni kena rajin la sikit sebab kena goreng sendiri. Kita yang goreng, orang lain yang habiskan. Hehe.. Yang pasti, puas hati !
P/S: Selesai sudah Sukaneka sekolah Naura hari ni Penatnya...
Tag :
food,
review produk




8 Comment for "Emping Melinjo Super Cap Layar Kertas "
Ohh ada jual yang kering jugak ek. Mak saya suka betul kerepek malinjo. Tapi kalau beli yang dah siap goreng tu. Saya kurang gemar sebab pahit dia tu. Pernah tengok video orang buat, dia ketuk buah malinjo sampai leper gitu. kann..patutlah mahal. Beli kering ni puas hati sikit banyak dan goreng sendiri bila nak makan. So tak adalah istilah lemau.
Memang sedap kerepek melinjo made in Indonesia.
Dulu suka jugak makan kerepek ni tapi lately macam tak suka sebab rasa dia kan pahit2 camtu kan. Ada peminatnya tersendiri ni.
Pernah makan sekali dulu. Wah, ada versi goreng sendiri.
pebret sy ni sbb rasa pahit kelat gitu
Uwaaaaah saya nih penyuka emping jugaaaa 😍😍😍. Mahal memang kak. Di sini aja mahal harganya 😂.
Tapi fav saya emping dari Aceh ntah kenapa beda rasanya dengan emping lain. Kemarin lah saya baru balik dari Aceh. Teman2 langsung minta jastip emping. Akhirnya saya belikan beberapa kg. Jual ke mereka.
kat kampung ammi di banting dulu ada pokok melinjo ni. Bila ada buah yang dah boleh dipetik, makcik akan petik dan agih2kan...jadi arwah mama akan ketuklah sendiri buah tu jadikan dia kepingan sebelum goreng
Sha selalu beli yang dah siap goreng ja.. kikiki.. Sedap sebab dia pahit pahit kan..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)