Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Makan Makan Di Polperro Steak House Gombak

 Assalamualaikum.... 

Makan Makan Di Polperro Steak House Gombak | Alhamdulillah dapat lepaskan craving nak makan kambing. Kalau mengandung baby boy mesti craving kambing. Kali ni aku ajak Lurviey ke Polperro Steak House Gombak. Dekat je dengan rumah aku. Sebelum ni pernah makan di cawangan Sri Rampai tapi dah tutup. Now dorang dah buka dekat Sri Gombak, lagi dekat dengan rumah aku. 

Kredit: Google

Kalau nak makan tempat western food ni, aku kena make sure ada carbonara spagetti untuk dua intan payung tu. Sebelum pergi, aku check menu secara online, apa nak order nanti sebab mostly kedai buat sistem order gunaa QR Code je sekarang.

Masa aku datang ni orang ramai sangat dan kebetulan meja kosong dekat dengan kitchen. Walaupun pasang aircond tapi kurang rasa sejuk mungkin sebab dekat dengan kitchen. Kali kedua dan ketiga aku pergi hari tu dapat duduk kat bahagian depan dan sangat selesa.  

Di sebabkan aku nak kambing tapi dalam masa yang sama nak makan spagetti aglio olio juga aku order World Platter ni. Kambing aku punya yang lain tu anak anak punya. Dorang nak makan nuggets, fries dan  carbonara spagetti. Harga platter ni RM36.90. Rasa spagetti tu ok ok je tapi aku still prefer dekat Meat Cartel tapi jauh pula. Pilihan dekat yang ada Dnar Hassan. Kuah carbonara tu lagi creamy

Lurviey of course la nak makan nasi. Hantu nasi tetap akan cari nasi. Jadi Lurviey order Tempura Fish Fried Rice. Nasi goreng dia sedap dan banyak. Sangat mengenyangkan sebab ada tempura ikan, ada telur goreng dan ulam sekali dengan keropok serta sambal belacan. Masa kali kedua dan ketiga aku datang sini, memang aku order ni. Tempura Ikan tu memang tapau sebab tak habis nak makan kat situ. Harga RM14.90 sahaja. Murah kan? Cuma kalau ada tartar sause memang perfect. Tak kan tempura ikan nak cicah sambal belacan kan? 

Aku order Tiger Prawn Olio Spagetti. Harga aku dah lupa. Below RM15 rasanya. Kalau check dalam menu dah tak de spagetti ni. Bagi aku rasa sangat plain dan kering. Kurang sedap kat tekak aku. Kalau aglio olio ni aku suka kat Pak Uda Western. Kena dengan anak tekak aku. 

Air? Untuk air minuman Lurviey order lemon ais dan aku serta anak anak memang tak order air. Bawa air sendiri. Anak aku tekak sensitif lagi lagi Naura. Kalau silap sikit boleh demam tonsil. Biarlah nampak macam kedekut. Kalau dorang sakit, mommy yang susah.

 

P/S:  Esok nak settle urusan sekolah Naura. Tadi dah call sekolah asal, dan katanya kalau nak tukar sekolah boleh inform dorang untuk dorang batalkan nama dalam sistem sekolah asal. Semoga Allah permudahkanlah urusan persekolahan Naura. KAFA pun tak settle lagi ni.


4 Comment for "Makan Makan Di Polperro Steak House Gombak"

Baru je uncle nampak tempat ni hari tu.... lain kali boleh cuba

Sedapnyaaaa....pernah nampak tapi x pernah singgah...

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top