Assalamualaikum...
Jalan Jalan Di Setia City Mall Dan Mi Kari Laksa Ah Cheng SCM | Lepas breakfast di Cafe Salim, fams ajak jalan jalan kat Setia City Mall (SCM). Anak anak suka sangatlah dapat jalan jalan kat mall dan aku memang tak pernah jejak kaki lagi kat SCM ni.
![]() |
| Mirror selfie. Mommy dah penat berdiri. Perut makin besar |
Masuk SCM ikut mama dan mak cik nak beli kasut. Aku window shopping je. Nak beli high heels macam tak sesuai dah sebab aku nak pakai pergi mana. Test boleh la sekadar melepaskan kerinduan nak pakai heels 5 inci. Lol! Tak kan la aku nak pergi Giant, TF pakai heels. Beria nawww..
![]() |
| Selfie lagi sebelum makan |
Dah dapat semua item yang diinginkan, semua dah ready nak balik. Tetiba termasuk pula kat Laksa Ah Cheng. Eh tetiba betul la kan. Aku ingat aku order mi kari je dan ABC. Syok makan ABC sebab pregnant kali ni bebas GDM.
![]() |
| Curry Laksa Ah Cheng |
Untuk Mi Kari Laksa Ah Cheng ni sebenarnya aku expect sesedap Mi Kari TCRS sebab setakat ni tekak aku hanya suka dan terima Mi Kari TCRS dan juga Mi Kari Dapur Amiey. Tempat lain setakat ni macam tak menepati standard piawaian tekak aku. Tekak aku tau, bukan tekak korang ye. Dah siap makan kami bersurai ke tempat parking masing masing.
![]() |
| Yang sentiasa mommy mommy mommy.. |
Dah masuk kereta aku tanya anak anak happy tak. Naura dan Aryan happy. Alhamdulillah. Dalam perjalanan pulang dorang dah tidur dalam kereta. Sampai rumah mandi, tetiba aunty Aini (biras) singgah bagi ais krim sebab masa kat mall tadi aunty dah janji nak belanja Naura dan Aryan ais krim. Makan lagi... Alhamdulillah.. Semoga murah rezeki semuanya.
P/S: Lebih kurang dua minggu lepas jalan jalan kat SCM tu, berlaku kejadian tembak menembak di SCM tu. Takut betul keadaan Malaysia sekarang ni..





5 Comment for "Jalan Jalan Di Setia City Mall Dan Mi Kari Laksa Ah Cheng SCM"
eish...bila tu ada kejadian tembak menembak dekat SCM? seram betul... linda pun pernah masuk sekali je, sebab ada urusan dekat NIH sebelah tu...jadi ke SCM jelah kita, cari makan
Ada tembak menembak ke?. Ishhhh scary la...zaman sekarang tak suka je tembak. Dah takde harga dah nyawa ni.....
lama tk singgah laksa ah cheng biasa mkn abc ngan asam laksa kt sini
Budak-budak memang seronok kalau dapat pergi jalan-jalan kat shopping mall. Bebas betul rasanya. Curry laksa dia nampak pekat betul.
Uishh seramnya lah. Risau macam-macam kes berlaku sekarang.
Macam mana uncle terlepas cerita tembak2 ni...?
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)