Assalamualaikum...
Sarapan Pagi Di Cafe Salim Klang | Throwback awal tahun jap hari ni. Simpan sini sebagai kenangan gitu... Awal tahun hari tu mama dan adik ipar ajak breakfast kat Cafe Salim Klang sekali dengan keluarga Cik Mie Cik Tie (mak cik dan pak cik). Tak silap aku ni kali kedua atau ketiga makan kat Cafe Salim ni.
![]() |
| Penuh meja. 13 orang makan. |
Cafe Salim ni terletak di Meru Klang dan perjalanan dari Gombak ke Klang pada hari Ahad tak de lah sesak sangat. Jadi ok sangatlah sesekali nak makan jauh sikit dari rumah aku ni.
![]() |
| English Breakfast RM18 |
Terdapat pelbagai menu western di Cafe Salim ni. Kalau datang sini Lurviey order english breakfast, aku dan anak anak order fettucini alfredo. Air free flow, jadi memang suka sangatlah Naura dan Aryan nak tambah air.
![]() |
| Fettucini Alfredo RM14 |
![]() |
| Ni baru separuh makanan yang sampai |
![]() |
| English Breakfast RM18 |
![]() |
| Quesadilla RM14 |
Makanan kat Cafe Salim ni sedap dan portion besar, sangat mengenyangkan. Memang puas hati makan kat sini. Cuma bila datang kat sini memang aku tak reti nak order lain. Tetaplah pasta pilihan hati. Hehe..Lagi sedap orang belanja. Lol. Semoga murah rezeki adik ipar aku yang belanja. Aamiin..
P/S: Bila dah kenyang mata mula mengantuk.







5 Comment for "Sarapan Pagi Di Cafe Salim Klang"
sedapnya menu western. suka tengok english breakfast tu!
Bila mata mula mengantuk carikla bantal bole tidur.. hehe
hi awak. salam singgah. tq sbb sudi drop komen kat my lil blog! menarik belaka menu kat cade salim ni
Nama tempatan ta[i hidangannya International.. Nampak sedap pulak Quesadilla tu. Dania suka ni.
Bestnya tengok english breakfast tu. Berbaloi untuk sepinggan tu. Meriah colourful. Kira sesuailah porsi dan harganya tu kan.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)