Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Aktiviti Malam Tahun Baru

 Assalamualaikum.... 

Aktiviti Malam Tahun Baru | Malam tahun baru memang tak pernah pergi mana mana pun. Biasa memang duk rumah count down depan tv. Dah kahwin, ada Naura, keluar pusing pusing tengok bunga api dari atas kereta tapi time Naura tu bermulanya zaman Covid. Jadi mana ada keluar nak tengok bunga api ni semua. 

Dah makin remaja bangka ni lagi malas nak keluar. Duk rumah lagi best sambil layan movie, makan makan or buat la apa yang boleh isi masa dengan anak anak. 

Sedap pula walaupun tak de campuran pes asam pedas

Tadi buat la Oden. Ye ke oden? Guna pes tomyam adabi je, kemudian letak bahan bahan steamboat tu dengan extra kaki ayam. Ratah sambil tengok movie Pamali yang baru release tu. Tak fokus sangat pun tengok tadi. Sudahnya ajak Naura dan Aryan sambung melukis. 

Ralit duk fokus dengan tracing book ni. Bagus sebab anak anak jadi fokus. Aku perhatikan Naura  jenis tak fokus sangat. Sejenis tak reti duk diam. Kejap ke situ, kejap ke sini. Eh risau plak aku nengok Naura ni. Dah nak masuk darjah satu dah tu! Aryan betul betul fokus. Dia tak layan benda lain. Ibarat lantak ler kamu ! Yang penting kerja aku settle gitu

Best juga buku tracing ni. Aku pun terjebak sekali. Sedar tak sedar dah pukul 1.30 pagi. Aku suruh dorang sambung esok je. 

Sekian malam tahun baru 2026 #nanieydom . Selamat Tahun Baru. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas. Aamiin.   


Tag : nanieydom
5 Comment for "Aktiviti Malam Tahun Baru "

Kat Lipis ni selepas covid dah takde sambutan bunga api dah.

Kak M pun tak fokus sangat...kalau dia buat kerja sekolah tu, berejam nak siap.. Kalau abang Mueez, sat je.. sebab dia nak buat benda lain pula.. hahaha

Hepi new year naniey.... hepi msk sek baru utk Naura...

happy new year! lambatnya u tidur...i mlm new year pun tidur awal la, tak sempat nak count down haaahh

Tertidur awal malam tahun baru. Tapi ada juga terdengar bunyi mercun bunga api :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top