Assalamualaikum...
Jem Teruk Di Batu Caves | Semalam Lurviey ajak makan kat Restoran Awwal Maju. Aku ok je sebab macam craving kuah kari ikan banjir dengan telur sotong. Why not? Baru hari pertama 2026 dah malas masak. Aku masak makanan Aqeel je.
Dah siap makan Lurviey ajak ke arah Selayang nak tengok durian murah. Aku dah bagitau tak de orang nak jual murah kalau tak kuning or dah lama. Dah lalu kat tepi jalan tak jadi berhenti. Kulit durian dah kuning. Sapa je nak jual murah murah macam tu.
Masa nak ke arah Selayang tu memang jalan teruk dah macam Thaipusam dah. Kiri kanan jalan orang parking. Rupanya dari info ada sambutan sempena dua puluh tahun Dewa Murugan penganut Hindu.
Aku ajak Lurviey singgah stor jap ambil kerusi banquet sebab aku nak test sarung kerusi banquet yang aku order dengan tailor ngam or tak sebab customer nak buat payment. Alhamdulillah ngam !
Lurviey masih tak puas hati dengan durian jadi dia ajak pusing kat area TF lepas tu ke arah Ezy Durian. Ezy Durian semalam ramai gila orang tapi sorry aku malas nak turun. Sudahnya terus gerak balik rumah.
Solat asar dan siap siap nak ke rumah mama pula. Lepak rumah mama sampai jam sebelas malam.


2 Comment for "Jem Teruk Di Batu Caves"
EZY durian tu femes... Ooo..patutlah.. Linda cakap juga dengan husband, ada lah upacara tu dalam kalendar diorang...
sedapnya derian.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)