Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Ayam Kukus Halia Dan Stir Fry Sawi

 Assalamualaikum... 

Ayam Kukus Halia Dan Stir Fry Sawi | Hari ni masak kue teaw goreng untuk Naura bawa bekal. Kalau bawa makanan fave dia inshaAllah habis. Kalau bawa nasi kadang tak sentuh. Lepas tu cakap tak sempat makan. Sabar je la. 

Lepas hantar Naura, Aqeel dan Aryan tidur, boleh la buat kerja sambil fikir nak masak apa untuk mama. Sekarang banyak benda mama dah tak boleh makan. Jadi memang kena betul betul tengok apa yang boleh dan tak boleh untuk orang yang ada kanser. Dalam peti ada ayam je dan sayur pun tak de. 

Dapat juga aku guna lunch box yang Naura tak boleh guna ni.

Sebelum ambil Naura aku masak ayam kukus halia versi aku masak dalam pantang. Lauk ni memang lauk aku masak masa dalam pantang cuma masa pantang Naura dan Aryan aku tak makan ayam. Aku makan ikan je. Time Aqeel baru makan ayam 😂. 

Nampak oily tu sebab minyak bijan. 

Ayam kukus halia versi aku, bawang putih, halia, ayam, chicken stock dan minyak bijan. Siap ! Sepatutnya ada cili, dan perahan limau lagi sedap tapi untuk mama no masakan pedas no masam masam. 

Tawar hebe tapi ni yang sedap. Pair la dengan lauk yang ada rasa. 

Sawi, lobak merah dan tauhu ni aku singgah kedai runcit petang tadi beli. Aku tumis kosong dengan bawang putih lepas tu letak sikit air. No perasa at all 😂. Harap mama boleh makan la buat berbuka tadi. Aku dah bagitau tak de rasa mana ni masakan aku masak. Esok mama ada mammogram dan scan. Hopefully semua akan baik baik sahaja. Semoga Allah permudahkan segala urusan mama dan beri kesembuhan untuk mama. Aamiin .. 


Tag : food
7 Comment for "Ayam Kukus Halia Dan Stir Fry Sawi"

Elok je susunan tahu tu..cntik je.. lama tak buat ayam kukus halia

elok masak macam ni versi sihat takde goreng2, berlemak2. ayam tu boleh buang kulit.

Dua² nampak sedap dan menyelerakan.
Semoga dipermudahkan urusan mamanya 🤲🏻

Wah.kak SA nak tiru la masak macam ni untuk PZ...PZ dah ada kencing manis so kena jaga pemakanan dia

Ayam jenis ada sup macam ni mmg the kids kat rumah ni suka.. kalau masak hari hari pun tak apa ..

Saya sukaaa sangat ayam kukus yg dimasak begitu. Sedaaap, light, tak buat begah perut. Apapun, yg terbaik untuk mama kakak yaa 🤗

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top