Assalamualaikum ..
Selesai Urusan Kedai Buku | Alhamdulillah akhirnya selesai urusan buku sekolah wajib Naura. Memang dah plan nak selesaikan urusan buku sekolah hari ni. Lurviey pagi lagi keluar ke Selayang then dah inform awal siap jam 11 pagi. Nasib baik aku tak siap awal dan call dulu sebab lambat lagi Lurviey balik.
Jam 1 petang baru gerak ke SK Naura dan kena parking kat luar sekolah. Nasib baik kedai buku dekat je.
Ambil borang senarai barang yang di perlu dibeli dan kemudian tunggu turn kat luar kedai buku. Kerusi untuk menunggu disediakan. Alhamdulillah, dan urusan pun sekejap je tak sampai 20 minit pun.
![]() |
| Buku buku, lencana, bendera Malaysia, baju PJK |
Total bayaran RM74.90 sahaja. Baju sukan belum siap lagi jadi aku tak beli lagi. Beli baju PJK je sehelai dulu. Kalau kerap pakai nanti, baru aku tambah lagi.
![]() |
| Muka tak puas hati sebab mommy suruh Aryan bergambar sekali |
Settle urusan sekolah terus pergi pergi lunch. Malam ni nak masak tomyam steamboat lagi. Naura dan Aryan request. Baru tau nikmat tomyam tu macam mana. Hehe.
Next week check up Aqeel kat KK dan juga pendaftaran untuk KAFA. Semoga semua berjalan lancar. Aamiin..





4 Comment for "Selesai Urusan Kedai Buku "
Awal sekolah sana urusan beli buku ye. Lipis ni minggu depan baru sek buka untuk belian buku.
Alahai... kesian tak puas hati la pulak
Awal sekolahnya bukan utk beli buku ye... Senang dah selesai. Sekolah anak³ Akk nx week baru kedai buku & koop bukak
Eh bagus juga sistemnya, tinggal isi form, lalu staff toko yg menyediakan semua buku yg diperlukan 👍👍. Saya lebih sering beli online. Tp tuhlaah, kadang salah beli buku. Yg diperlukan sekolah beda pula 😅😅.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)