Assalamualaikum...
Beli Baju Sekolah Kat i- Nur Gombak | Alhamdulillah selesai part baju sekolah Naura. Sebelum tu maaf sebab tak sempat nak blogwalking korang lagi. Dua hari ni kepala pening macam nak meletup kepala. Mungkinkah di sebabkan oleh durian??? Bila berlebihan gitulah. Ni kepala masih pening, jadi update jap diari online gitu kat sini.
Settle tengok kerusi yang sampai semalam pagi tadi kat Selayang terus gerak nak cari baju Naura then Lurviey tanya kat mana nak beli. Mana la aku tahu sebab aku dari sekolah rendah sampai kat Uni pun pakai baju kurung mama jahit. Baju kurung yang aku tahu pun jenama canggih je pun sebab masa sekolah dulu pernah dapat free. Sampai kat rumah Lurviey bagitau apa kata pergi kat i Nur je depan rumah. Tak sangka pula ada baju sekolah. Ingatkan pakaian umrah dan haji je.
Tudung pun ada juga jual kat sini dan cantik cantik. Kalau desperate nak cari tudung boleh la datang sini nanti.
![]() |
| Ekzema Aqeel kat pipi kembali lagi. Baru je ok 2 minggu lepas |
Siap beli baju sekolah, balik rumah solat Zohor dulu baru keluar makan. Anak anak ajak makan TCRS. Lama tak makan. Jadi moh le kita ke TF Value sambil beli barang dapur sikit.
![]() |
| Simpan sini satu kenangan hari ini 🥰 |
Siap makan terus ke M3 Mall pula cari alat tulis Eco Shop. Cari kat Eco Shop je sebab nanti kang hilang tak la sakit jiwa sangat mommy. Cikgu kelas Naura dah bagi list senarai alat tulis nak di bawa jadi mommy beli list ikut senarai yang cikgu nak tu je. Hari ni beli alat tulis je tak de makanan pun almost RM100 juga.
Alhamdulillah settle semua, terus gerak balik rumah. Kepala memang dah start berdenyut balik masa kat TF Value. Lepas maghrib terus baring lelap mata jap. Now better sikit. Serik jap aku nak makan durian 😠. Semoga esok hilang terus sakit kepala. Berdebar debar ni Naura nak start sekolah hari Isnin. Anak first kan..





0 Comment for "Beli Baju Sekolah Kat i- Nur Gombak"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)