You don’t have to be big. You have to be remarkable

Makan Di Meat Cartel Bangi


 Makan Di Meat Cartel Bangi 


Assalamualaikum... 

Entri ni patutnya publish bulan puasa hari tu tapi disebabkan sibuk dengan nak kemas dan pindah rumah memang tak de masa aku nak update blog dan badan pun penat dan tak larat. Sepanjang bulan puasa memang berbuka puasa kat rumah mama. 

Tengahari Sabtu mama call inform nak berbuka puasa di Meat Cartel Bangi dan kebetulan hari yang sama kami ada buat agihan bubur lambuk second batch. Alhamdulillah, nasib baik sempat selesai dan terus bergegas ke rumah mama sebab nak gerak satu kereta je. Sampai kat rumah, mama bagitau booking dah full dan pergi selepas waktu berbuka nanti. Waktu berbuka aku makan nasi ayam dan plan nak mengopi je kat Meat Cartel nanti. 

Naura happy la dapat jalan jalan makan kat luar. Kalau dia seorang pemakan lagi mommy happy. Nenek order Chocolate Frappe untuk dia. Harga RM14.90. Sapa la yang kena habiskan tu. Mommy tengok pun manis. Mommy memang tak kan minum sebab kena buat BSP.  Lurviey order Minty Peach Ice Tea, RM8.90, adik ipar order Mocha Frappe RM14.90, nenek order Lemongrass Ginger RM7.90 dan aku order Hot Caramel Macchiato RM11.90. 

Buffolo Wings ala korea ni memang aku tak makan. Any korean foods kecuali ramen tak boleh masuk tekak aku. Harga Buffolo Wings ni RM19.90. Besar betul dan Lurviey cakap sedap. 

Lurviey order Grilled Chicken Chop. Sedap katanya dan portion memang mengenyangkan walaupun pada mulanya Lurviey macam rasa tak kenyang je portion macam tu. Lol.. Harga RM24.90

Aku order Linguine Seafood Carbonara sebab tak tahu dah nak order apa. Jadi aku order carbonara ni dengan harapan Naura makan. Alhamdulillah dia makan sikit je. Selebihnya aku la yang kena habiskan. Harga RM19.90. Rasanya memang sedap, creamy dan the best carbonara yang pernah aku makan.

Mama order Linguine Creamy Gulai Lemak Beef sebab kawan mama pernah cakap sedap. Jadi mama nak cuba yang ni. Aku pun rasa juga. Not bad tapi kalau lagi pedas mesti lagi sedap. Harga RM22.90. 

Adik ipar aku punya makanan je tak de dalam gambar. Dia makan Nasi Goreng Chicken Chop RM19.90. Portion besar dan mengenyangkan. Sesuai dengan harga. 

Total makan RM182.60 makan di Meat Cartel. Siapa yang bayar? Mama yang bayar. Semoga dimurahkan dan diperluaskan rezeki mama. Aamiin. InshaAllah, ada kelapangan masa dan keadaan mengizinkan boleh repeat makan lagi di Meat Cartel. Mungkin boleh cuba makan di cawangan yang lain pula. 


 

P/S: Banyak tempat makan aku nak pergi tapi mengenangkan Naura yang tak reti duduk diam lima puluh kali mommy kena fikir nak pergi ke tak. 


 


4 Comment for "Makan Di Meat Cartel Bangi "

Murah rezeki mama belanja, nampak menarik menu tu semua ya, di Bangi nanti kalau lalu leh singgah.

harga berpatutan juga tu. makanan nampak sedap mmg berbaloi la

Saya pun banyak entri tertunggak!

Alhamdulillah...murah rezeki mama...

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top