Womens Clothing

Tuesday, June 18, 2013

Gangguan Bekalan Air 18 Jun 2013

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Maaf atas keterlewatan update berkenaan Gangguan Bekalan Air.. Eh... Tetiba plak macam dah jadi announcer bagi pihak Syabas. Asal ada Gangguan Bekalan Air je mesti nak update. Haruslah kan.. Sebab air kan penting dalam hidup manusia selain oksigen. 


SYABAS ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan kerja-kerja hentitugas tersebut adalah selama 8 jam manakala tempoh pumulihan bekalan air pula selama 48 jam (keseluruhan 56 jam) iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 18 Jun 2013 (Selasa) sehingga 8.00 malam, 20 Jun 2013 (Khamis).

Kawasan-kawasan yang terlibat dengan Gangguan Bekalan Air

Kawasan yang melibatkan gangguan tiada air

Wilayah Kuala Lumpur

a) Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan dan Pusat Konvensyen Sime Darby.

b) Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari, Jalan Setiamurni 1-12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Wilayah Gombak

Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara dan Sunway SPK Harmoni 3.


Wilayah Hulu Selangor

Kampung Sungai Serai; seluruh Kuang; Kampung Baru; Kampung Melayu Sri Kundang; Kampung Permata; Taman Desa; Bandar Baru Kundang; Kundang Jaya; Bandar Tasik Puteri; Taman Tasik Biru dan Taman Perindustrian.


Wilayah Petaling

Bukit Rahman Putra; Taman Impian Indah; Taman Sri Putra; Saujana Akasia; Taman Sri Putra Mas; Taman Matang Jaya dan Kampung Matang Pagar.


Kawasan yang melibatkan tekanan rendah (low pressure) 

Wilayah Kuala Lumpur

Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut;Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Kampung Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria dan kawasan Mont Kiara. 

Wilayah Petaling

Kuarters Penjara Sungai Buloh; Kampung Kubu Gajah; Kampung Merbau Sempak; Desa Moccis; Kampung Paya Jaras; Hospital Kusta; Kampung Baru Sungai Buloh (Kampung Baru Cina); Kampung Desa Aman; PJU10, Saujana Damansara; PJU10, Prima Damansara.



Untuk memudahkan carian taip CTRL + F 

Untuk maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.



Sumber: Syabas ( Diringkaskan oleh tuan blog) 



P/S: Semoga gangguan bekalan air tidak berlaku bulan ramadhan nanti Aamiin..



Saturday, June 15, 2013

Dugaan

Assalamualaikum...

Salam sabtuday peeps.. Lamanya tak bw and update blog. Tooooooooo busy. Pressure gile minggu ni. Ada je benda happen. Dugaaaaaaaannn..

Kelmarin tetiba dapat connect internet start pukul 11 sampai la pukul 4 petang semalam. Boleh bayangkan tak di mana saya buat keje dan sememangnya memerlukan internet access and then tetiba tak de. Sasau kejap. Nak check order dari customer pun susah. Nasib la ada mobile internet. Tu pun parah derr..

Da settle isu internet connection, semalam until saat entri ini ditulis, maxis plak buat hal. Seeeee.. Dugaaannnn.. Customer yang SMS saya, memang saya tak dapat nak reply. Mohon maaf. Nasib ada customer terus contact kat WeChat. Mudah keje. Tapi still tak puas hati. So, saya calll Maxis Call Centre. They said number saya still active and maybe chips dah rosak. So i need to do replacement card. Sim Card biasa RM10, sim card 3G RM25. Terpaksa menapak ke Maxis Centre la esok. Emmmm..

Well,kepada yang bertanya di ruangan komen untuk tempahan banner iklan, header blog, mohon contact saya melalui emel [klik contact di atas] kerana saya tak dapat nak contact anda kembali. Unless anda tinggalkan contact info. =)


Monday, June 10, 2013

Haters

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Happy Monday Peeps.. Have a great day.. Hari ni nak cakap pasal haters!! Haters everywhere!!! Tak payah tunggu jadi retis nak ada haters. Orang biasa pun ada jugak. Huahaha. Kadang duk baca komen-komen haters kat blog orang lain ni terasa pelik la jugak sebab saya cuba memahami personaliti orang macam ni. Ada lekatan tahap mana la masa nak membesar. Ish..ish..ish...

If you dont like others, tak perlu la nak stalks them. Betul tak? Kenapa nak habiskan masa stalks others life sedangkan we have our own life. Kenapa nak tambah dosa dengan komen yang rubbish and menyakitkan hati orang. Put yourself in others shoes... So,kepada kalian yang pernah terima komen dari haters just ignore them. Cuz spesis macam ni kurang kasih sayang and jenis tak masuk di ajar. Kalau nampak komen yang tak ok tu, just delete je. Jangan fikir lagi. Think positive, keep calm and say Alhamdulillah dengan kehidupan kita hari ini. Mungkin hidup kita lebih indah dari 'mereka' sebab tu spesis ni sakit hati. Kalau ada teguran membina terima dengan hati yang terbuka.  Erk.. Emm Saya pun pernah terima teguran just macam funny la teguran tu. So, saya memang tak terima cuz totally comment yang rubbish. I just be myself.. Tak perlu suruh saya jadi blogger itu dan ini cuz this is ME. Peace yawwwwww... 

Itu sahaja perkongsian hari ini. Sematkan dihati kata-kata ini.


Katarsis: Haters ni banyak lak masa nak cari kesalahan orang lain yerk. Sampaikan kain sendiri terkoyak nampak daki pun tak perasan. Punyalah busy body. Grrr 


P/S: Tetiba teringat kat Cik Sweety. Ahli GSF ada yang masih contact Cik Sweety?

Sunday, June 9, 2013

Rojak Kangkung Agromas

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Just short update. Quite busy this weekend, lotsa things to settle but still I can't stop my self untuk update on my blog. Sapa suka rojak kat sini??? Saya suka rojak, tapi disebabkan duduk kat hostel, kuah rojak kena beli je la. Jumaat lepas beli kangkung. Craving for veges. Nak masak tak boleh jadi saya hanya mampu celur kangkung tu je dalam air panas. Jadi snack sambil buat keje hari ini adalah ROJAK KANGKUNG AGROMAS. Sangat sedap kuah rojak keluaran Agromas ni. Macam yang buat sendiri. 

Boleh dapatkan Kuah Rojak dengan Madu di pasaraya berdekatan dengan kalian. Sumpah, puas hati. Harga less than RM5.00. Boleh di makan dengan jambu, mangga, bebola udang, ikan,daging, sosej, filet ketam etc.

Sebelum ni saya cari kuah rojak tetapi was-was sebab ada tulisan cina tak tak tahu halal ke tidak. Walaupun kandungan buat kuah rojak tu memang halal tapi cara penyediaan tu kite tak tahu. Bile ada perasaan was-was jangan beli. Sebut pasa was-was ni hati-hati kalau beli casing phone sebab banyak casing phone dari kulit oink-oink. Sekadar mengingatkan. 


P/S: Busy bee making honey...