You don’t have to be big. You have to be remarkable

Khasiat Ajaib Nenas Batu Untuk Wanita

Khasiat Ajaib Nenas Batu Untuk Wanita | Khasiat Nenas Batu | Bentuk Pokok Nenas Batu | Cara Guna Nenas Batu | Pokok Nenas Batu| Petua Lawaskan Kencing |


Assalamualaikum

Balik cuti hari tu tengok ada banyak nenas batu yang dah besar kat pokok. Ada jugak yang dah buruk. Saya tanya mama 'kenapa tanam pokok ni sedangkan kita tak pernah guna pun'. Mama jawab 'walaupun kita tak guna, selalu orang datang mintak dan ambil nak buat ubat. Maklang kalau balik Kelantan pun selalu ambil bawa balik Johor'. Bila saya google ada 2-3 jenis rupa nenas batu ni. Yang kat bawah ni yang ada kat rumah saya.


KHASIAT NENAS BATU. (sumber: Google)

  1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
  2. Kalau rajin amal, tak perlu lagi jamu atau majun. Di dalamnya sudah terkandung berbagai-bagai khasiat untuk wanita.
  3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan rahim, perlu ambil seminggu sekali sahaja.
  4. Boleh jadikan ubat untuk menjarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
  5. Melawaskan kencing dan mengelakkan sakit batu karang serta buah pinggang.
  6. Membantu melancarkan pembuangan angin.
  7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
  8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.
  9. Jika rajin diamalkan minum air nanas batu, Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih ehehehe..
  10. Dikatakan mampu mengubati penyakit buasir.
  11. Merendahkan paras kolesterol dalam darah.
  12. Membuang toksin dalam badan.
  13. Melancarkan perjalanan darah.
  14. Mencantikkan bentuk badan
  15. Menegangkan kulit
.

Cara-caranya :
  1. Basuh sehingga bersih.
  2. Rendam dalam jag berisi air panas mendidih.
  3. Biarkan satu jam (sehingga nenas batu itu menguncup).
  4. Keluarkan dan tapis kalau terdapat sebarang serpihan kelopaknya. Air tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari Minum setiap kali bangun tidur. Seelok-eloknya selawat la 3 kali sebelum minum.
  5. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.
  6. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang semula bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
  7. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun lebih, bergantung pada penggunaan.



0 Comment for "Khasiat Ajaib Nenas Batu Untuk Wanita"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top