You don’t have to be big. You have to be remarkable

Review Led Light Therapy Mask Treatment

Review Led Light Therapy Treatment | Rawatan Led Mask | Rawatan Anti Aging | Mobile Spa KL | Mobile Spa Selangor | Produk Mobile Spa | Harga Led Mask


Assalamualaikum 


Baru ada kesempatan nak tulis entri rawatan Led Light Therapy Mask. Curi mase petang hari menaip entri ni. Sepatutnya entri ni siap sebelum cuti raya hari tu tapi disebabkan demam teruk sebelum raya memang tak sempat nak mengarang la. Ok berbalik pada Led Light Therapy Mask, rawatan ni semakin popular baik kat mobile spa atau klinik kulit. 
 
Kebaikan rawatan Led Light Terapy
  • LED berkesan untuk merawat kulit dan menjadikan kulit lebih cantik dan muda.
  • Membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat dan bintik di wajah
  • Mencegah breakouts dan juga memudarkan jerawat
  • Mudah dan selamat di gunakan.
Setiap warna LED memberi kesan yang berbeza.
  • Warna Merah – Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen penting untuk membantu membaiki tisu yang rosak dan menggantikan tisu lame kepada yang baru. Sesuai untuk mengurangkan garis halus dan mengecilkan pori.
  • Warna Biru – Membantu membunuh bakteria pada jerawat.
  • Warna Hijau – Menyeimbangkan pigment warna, mengurangkan garis halus, anti aging , menyembuhkan luka dengan cepat dan memudarkan parut
 

Review Led Light Therapy Mask
  1. Harga lebih mahal dari Portable Led Light Therapy but fungsi sama.
  2. Led Mask lebih mudah digunakan dan menjimatkan masa. Sebab apa menjimatkan masa? Sebab just pakai kat muka then set timer je.
  3. Boleh adjust brightness level (1-5) tapi portable led light tak boleh adjust brightness. 
  4. Boleh set time min 5 minit sehingga 1 jam. 
  5. Saya suka guna warna biru untuk bunuh jerawat jerawat jahat kat muka. Bagus dan berkesan untuk mengurangkan jerawat. 
  6. Kulit rasa smooth dan best selepas treatment. Kena konsisten buat untuk lihat hasilnya.
  7. LED Mask ni tak de vibration macam Multifunction Led Light Therapy. 
  8. Overall worth to buy sebab boleh guna untuk jangka masa panjang dan sesuai juga untuk yang buat mobile spa service. 
Quick demo kat dalam video di bawah ni. Tak sempat nak tunjuk habis bateri kamera mati. Grrr...



0 Comment for "Review Led Light Therapy Mask Treatment "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top