You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Sup Lobak Putih Mudah Dan Sedap

Sup Lobak Putih | Masakan Pantang Sedap | Cara Masak Sup Lobak Putih | Petua Tambah Susu Badan 


Assalamualaikum.. 
Sumber:Google

Sapa suke makan lobak putih? Saya kalau buat sup memang sedap sangat. First time makan mase MIL masak sup sayur campur. Sumpah sedap giler.. Sepanjang pantang sayur yang paling kerap saya makan ialah sup sayur lobak putih ni la. Mudah dan sedap. Alhamdulillah sepanjang pantang tak de la rase craving nak makan itu ini dan masakan pantang pun sedap semuanya. 
 

Bahan bahan 
  • Lobak Putih
  • Sawi hijau atau putih
  • Serbuk Lada Hitam
  • Minyak Zaitun
  • Kiub Ikan Bilis
  • Bawang Putih *hiris
  • Halia *hiris
  • Sedikit Air 
Cara-caranya
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau
  2. Kemudian masukkan air dan masukkan lobak putih
  3. Bila lobak putih dah masak, masukkan kiub ikan bilis, sawi dan sedikit serbuk lada hitam
  4. Dah siap! Makan dengan nasi panas. 
Kalau baby masih kuning, tak perlu letak halia dan lada hitam.

Sepanjang pantang ni saya tak tambah nasi dua kali. Mama dan makcik dah pesan, jangan makan bertambah. Ambil nasi banyak terus, tak boleh tambah. Lagi satu, tak boleh makan nasi sejuk atau nasi semalam, nanti angin. Tak elok untuk badan dan juga baby. 


Anyway, mudah je kan resepi kat atas ni? Nak diet sihat pun boleh dengan resepi ni. Mudah dan sihat. Selamat mencuba. Boleh tengok video ni kalau tak tahu nak lebih jelas lagi. 

Tag : resepi
0 Comment for "Resepi Sup Lobak Putih Mudah Dan Sedap"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top