Special Offer

Author

Kerja Sambilan Affiliate

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sponsored Ads

Hari ini bukan seperti 10 tahun dahulu. Saya masih ingat lagi kalau dulu masa saya baru lepas SPM, nak cari duit atau kerja sementara sangatlah mudah dan banyak pilihan. Setakat nak dapat pendapatan RM1,500 sebulan termasuk overtime kerja kedai dah boleh dapat. Kawan saya yang kerja di kilang pun boleh dapat sampai RM2,000 sebulan. Walaupun hanya lepasan SPM dan sijil SPM belum keluar lagi. 

Tetapi hari ini, tahun 2013, saya amat sedih mendengar ramai warga kota yang berpendapatan kurang dari RM3,500 (isi rumah). Kawan saya yang menjadi cikgu sekolah senang je dapat gaji minima RM3,500 sebulan tidak termasuk kenaikan lagi. Untunglah... untuk orang yang kerja kerajaan, dah la banyak kemudahan, pastu tak payah nak fikir gaji bulan depankan...


Bagi saya dan banyak lagi mereka yang mencari rezeki halal, setiap hari berhempas pulas mencari keuntungan dari apa sahaja, yang dijual mahupun servis yang ditawarkan. Sentiasa berkawan rapat dengan risiko. Ada kala untung, ada kala rugi. Penat, sedih, geram dan banyak lagi yang terbuku di hati... Tuhan adalah tempat tetap untuk saya mengadu dan berdoa. Tiada lagi tempat lain.. Apa yang diharapkan tuhan mendengar dan memperkenan doa insan kerdil yang serba kekurangan ini.

Pengalaman saya berniaga di pasar malam, pasar tani mahupun di tepi jalan tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila. Dari nasi lemak, nasi campur, ice blended, karipap panas, cendol, lemang dan kerepek semua saya dah cuba. Hanya dengan tujuan untuk mencari rezeki yang halal tanpa rasuah. Ada juga beberapa rakan saya yang buat bisnes sendiri. Tapi bila melibatkan tender ikut kawan saya mesti ada duit tepi. Kerana ini saya cuba untuk mencari peluang lain untuk mencari yang halal agar darah yang mengalir pada saya dan keluarga saya bersih setakat kemampuan saya.. Hari ini saya menjalankan perniagaan online atas nama kedai www.quairra.com. Di sini saya ingin menjemput saudara/saudari yang sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan menjadi agan affiliate saya. Tanpa yuran. Nilai komisen dan latihan akan saya terangkan kemudian. 

Layari
klik affiliate dan daftarkan nama anda
Saya akan menghubungi anda nanti. 

E-mail saya ezaidiha@gmail.com


Affiliate adalah salah satu kaedah untuk menghasilkan pendapatan di internet. Ada banyak lagi seperti jual ruang iklan, dropship, adsense, e-book dll... Nasihat saya buat semua orang MELAYU yang berniaga.... Gunakanlah kebijaksanaan dan persaingan secara sihat. Janganlah gunakan taktik membuang harga dalam perniagaan, kerana bila anda kurangkan RM1.. nanti ada yang kurangkan RM2 seterusnya RM3, RM4 dan akhirnya semua akan rugi...

Dan hormatilah peniaga lain yang juga sedang mencari rezeki yang halal. Penentuan rezeki itu dari tuhan, namun kita boleh berusaha dan berdoa kerana kita adalah hambanya yang bersifat meminta-minta pada tuannya iaitu ALLAH S.W.T... Sekian untuk masa ini... Akan bersambung....


P/S: Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.. Cepat terjah Quairra dot com.. 
5 Komentar untuk "Kerja Sambilan Affiliate"

oo kira cmpany ni wat online ja eh nani...nmpk menarik..

kerja sambilan on9 di rumah ea?? macam menarik je..=)

Tetiba macam blur....
Hehhehehe..
Tapi kata orang Affiliate ni mudah je....

mcm menarik tp tak faham sgt konsepnya..

Owhhh ...penah dgr keje sambilan kat umah camni...tp lain company kot...nanie join x?

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top