Special Offer

Author

Teringin Jeruk Ambra atau Kedondong

Assalamualaikum..

Tak sempat nak update sebab busy dengan adhoc task.



Semalam siap jugak ebook ketiga and siap submit untuk editing. Hari ni dah boleh fokus keje rutin.. Semalam ajak Lurviey pergi NSK nak cari barang tapi buntu tak tahu nak beli apa pulak. Beli sayur je. Then masuk kat tempat jual jajan, makanan ringan tu nampak jeruk. Nak beli kelubi tapi kelubi pulak dalam bekas besar. Bukan nak jual pun. Then ada jeruk mangga, betik dan kedondong. Ambik kendondong la. Tapi la setahun sekali atau dua kali je makan jeruk. Harga RM4.20 je. Ok la tu kan?

Waktu maghrib hari isnin dapat call dari mama, nenek saya meninggal. Innalillah hi wainna ilaihirojiun.. Tak de lagi sosok seorang nenek dalam keluarga kami. Tak sakit apapun tapi takdir yang sudah tertulis.. Perginya nenek pada hari Isnin dan pergi dengan mudah dan dalam keadaan yang bersedia. Dengan mama citer nenek pergi atas pangkuan ayah su. Paling sedih 3 jam sebelum meninggal nenek cakap nak bergambar dengan anak ayah su sebab tak pernah ada gambar lagi. Last jumpa nenek setahun yang lepas kot.

Saya and dua adik perempuan saya memang tak sempat balik pun. Mama, papa and adik lelaki je yang balik Terengganu sekejap. Papa pun cuti beku. Balik sekejap je. Al- Fatihah..
1 Komentar untuk "Teringin Jeruk Ambra atau Kedondong"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top