You don’t have to be big. You have to be remarkable

Hati-Hati Dengan Produk Kurus Yang Boleh Menyebabkan KEMATIAN


 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Fenomena putih gebu gebas, kurus dalam masa 3 hari, 7 hari or serta merta putih dan kurus membuatkan ramai orang Malaysia, tergila-gila nak putih dan kurus. Ingin tampil cantik menarik dengan perfect curve kadang kala buat individu membabi buta dalam tindakan hinggakan akhirnya memberi kesan pada kesihatan dan lebih teruk adalah MATI! Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang belum tahu mengenai Eloise Aimme Parry yang mati akibat makan supplemen yang dibeli secara online. Di sinilah pentingnya ilmu dan kerajinan untuk mendapatkan info sebelum membeli especially produk yang masuk dalam badan. Perasaan tak kat kedai jamu bukan semua ubat yang dijual mendapat kelulusan KKM. Yang ada no KKM pun sebenarnya tiada. Saya pernah beli produk yang tiada KKM. Di sebabkan ubatan tradisional sentiasa dikaitkan dengan penggunaan bahan semulajadi dari alam so, we assume semua tu selamat walhal ada yang dicampur dengan bahan lain yang membahayakan kesihatan!


Kajian menunjukkan ubatan tradisional yang digunakan untuk rawatan kegemukan sebenarnya mengandungi sintetik sibutramine. Sibutramine berfungsi sebagai penahan lapar dan struktur molekulnya hampir sama dengan amphetamine, bahan sama untuk dadah jenis syabu atau ais. Ubatan herba yang mengandungi bahan ephedra juga sama strukturnya dengan amphetamine.

Kebanyakkan produk pelangsingan badan yang diharamkan, ia didapati mengandung bahan kimia seperti phentermine, amphetamine, sibutramine, fenfluramine yang diakui boleh mengurangkan berat badan tetapi memberi kesan sampingan seperti kemurungan, psikosis dan halusinasi, risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sakit kepala. Malah ia turut menyebabkan denyutan jantung yang cepat dan meningkatkan tekanan darah.

Hakikatnya, kurus atau langsing bukan perkara mudah yang mampu diraih dalam tempoh singkat. Justeru jika ada jurujual yang mendakwa pil pelangsingnya boleh membantu anda kurus dalam tempoh singkat, janganlah anda mudah percaya. Kurus bukan boleh dicapai dalam tempoh tiga atau empat bulan dengan hanya bergantung kepada pil pelangsing. Sebaliknya, kurus adalah gabungan pengambilan diet yang terjaga, senaman yang kerap dan mungkin jika anda memerlukan pil pelangsing, ia mestilah diberi dengan kebenaran doktor bertauliah. - Berita Harian Online  

Fenfluramin tergolong dalam kumpulan ubat anoretik yang bertindak mengurangkan paras serotonin di dalam otak. Ia merencat selera makan dan seterusnya mengakibatkan pengambilnya mengalami penyusutan berat badan. Serotonin ialah sejenis bahan kimia yang berfungsi sebagai pengutus saraf di dalam otak. Ia juga bertindak menghalang serotonin di dalam plasma darah daripada diserap ke dalam platelet (sel-sel pembekuan dalam darah) menyebabkan paras serotonin di dalam darah meningkat.

Apabila kandungan serotonin terlalu tinggi dalam darah ia boleh merosakkan salur darah terutama pada paru-paru dan jantung, kerosakan injap jantung, kelenjar tiroid membengkak, kerosakan hati, tekanan darah tinggi, strok serta gangguan mental. Kegagalan fungsi hati pula boleh berlaku dalam masa satu minggu hingga sebulan jika diambil secara berlebihan. Sekiranya diambil secara berterusan dalam jangkamasa yang lama, ia boleh mengakibatkan radang hati (hepatitis) - Buletin Umum Pusat Racun Negara USM.

Saya tertarik dengan video yang Kevin Zahri kongsi kat facebook which is about supplement and formula X & Y. Kalian terjah kat Facebook Kevin Zahri untuk video mengenai supplement. Tak jumpa plak kat youtube nak share kat sini. 

Di dalam video tersebut he said apa yang penting jika nak losing weight
  1.  Makanan
  2.  Gaya Hidup Sihat
  3.  Exercise
  4.  SUPPLEMENT
SUPPLEMENT no 4 okeh.. Bukan no 1. Tapi kebanyakan daripada orang-orang yang nak losing weight letakkan supplement no 1. Setuju atau tak? Most of my fren yang nak losing weight pun letak supplement no 1, lepas tu bedal fast food, junk food. Kalian rase berkesan?? 

Supplement hanya membantu perjalanan kalian untuk turunkan berat badan. Secara ringkasnya supplement untuk turunkan X dan tingkatkan Y. Di mana X adalah protein dan fiber yang membantu anda untuk kurangkan craving to eat foooooood. Manakala Y terdiri daripada thermogenic stuff untuk increase heart rate, metabolisme yang terkandung dalam fat burner or makanan biasa seperti caffeine yang mungkin berkesan untuk sesetengah orang. So, bile nak apa-apa supplement sama ada kurus or gemuk, or putihkan kulit tengok apa kandungan nutrisi produk. 
Makanan thermogenic boleh membantu anda untuk meningkatkan metabolisma dan membakar kalori dengan meningkatkan thermogenesis iaitu proses di mana badan membakar kalori melalui makanan yang anda makan. Badan anda membakar kalori dengan mengekalkan fungsi metabolik dan melalui aktiviti fizikal (exercise). Walau bagaimanapun, kira-kira 10% kalori di bakar melalui diet  induced thermogenesis. -Live Strong.
Dalam video tu juga, Kevin ada cakap tentang korset. Yes, corset memang popular. Untuk dapat shape yang cantik orang akan pakai korset dan dapat increase Y di mana haba yang terperangkap akan buat badan berpeluh dan membakar kalori, tapi ianya tak membentuk badan anda once u take it off. 

My Random Personal Thought
Supplement memang banyak sangat orang jual online either untuk kecantikan kulit atau untuk yang kuruskan atau gemukkan badan. Sampai kadang terlalu banyak sangat sampai pengguna pun pening nak pilih yang mane satu. Nak beli yang mahal atau yang murah. Saya ada dapat mesej dari seseorang yang menawarkan produk kecantikan untuk pemutihan which harga borong hanya RM15 sahaja/botol dan harga jualan RM60. BUAT JENAMA SENDIRI. Murah kan? Most of product sekarang pun banyak yang rebranding je. Produk same tapi rebranding. Tak kisah la brand apapun yang penting kandungan tersebut tak merbahaya. Mengenai produk nak kuruskan badan adalah produk yang paling mudah nak jual dan paling laku sebab ramai orang nak KURUS CEPAT. Tengok je kat FB produk kurus produk putih paling ramai orang nak beli. BERKESAN SERTA MERTA. Cepat ye kesannya.. Dan ada produk yang sudah pun KKM haramkan penjualan masih juga ada yang berani jual. Gamble sungguh pengguna ni ye bile nekad nak kurus sampai sanggup ambil risiko. Risiko antara hidup dan mati. Marketing gimmick, before and after picture SEMEMANGNYA menarik perhatian individu. Personally saya pun ada tertarik dengan a few product yang famous specifically, skin product as me kan ada problem dengan skin and rasa 'ketidakpercayaan' tu tinggi dan buat lotsa research mengenai produk sebelum decide untuk beli. Sangat membantu! Jadilah PENGGUNA YANG BIJAK! Bukan saya kata produk yang dijual online tu tak bagus tapi perlu tahu apa manfaat produk and bagaimana produk tersebut membantu. Kalau yang rapid result especially yang masuk dalam badan tu think twice before purchase. Sebab badan nak guna lame. Kesihatan itu mahal! Kalau dah sakit nak keje pun susah. Suami yang nak bini cantik tu cube motivate in positive ways or tak pun hantar bini kat weight management program. Perempuan bile kena condemn mesti rase macam down gile dan mula la bertindak kurang bijak. Sebagai seorang pengguna yang bijak anda harus selidik terlebih dahulu apa isi kandungannya bukan bile dah jadi baru nak serang yang menjual. Sejauh mana ilmu orang yang menjual tu tentang produk yang mereka jual? Most of them tahu bagaimana ia berfungsi secara umum sahaja which is you consume this product akan buat you rase nak ke toilet, you rase dahaga, bla..bla..bla... There is no shortcut.  "TO GET RICH NEVER RISK YOUR HEALTH. FOR IT IS THE TRUTH THAT HEALTH IS THE WEALTH OF WEALTH" - RICHARD BAKER.

Sekian sahaja perkongsian hari ini. Just my personal thought towards supplement thingy.Peace... Malam ni rolling session. Lewat seminggu bulan ni dari jadual yang dah ditetapkan.


2 Comment for "Hati-Hati Dengan Produk Kurus Yang Boleh Menyebabkan KEMATIAN "

Adudu takutnya kesan magik-magik ni. Better cek dulu kandungan vitamin sebelum amalkan.

Kan.. Plus mix supplement pun bahaya jugak.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top