Dilema Mommy Nak Bagi Pacifier Pada Anak


Puting Penyebab Gigi Jongang | Keburukan Pacifier | Boleh Ke Bagi Bayi Puting | Kesan Beri Pacifier Kepada Bayi 

Assalamualaikum.. 

Nak anak jongang ke nanti? Tak payah la bagi puting.. Nanti apa apa susah. Kalian rasa? Emm... Memang ada betulnya yang suke menyoyot puting sampai besar giginya jadi jongang tapi selepas baca perkongsian Dr Izzar, why not kan kalau saya nak guna pacifier saat emergency kan? Berikut merupakan perkongsian daripada Dr Izzar ..

  • TUNGGU SEHINGGA BABY DAPAT MENYUSU BADAN DAHULU - Sebaiknya mula menggunakan pacifier pada umur bayi 3-4 minggu, tu pun kena pastikan baby dah menyusu badan elok dah. Janganlah baby dah deliver terus bagi pacifier. Kang dia dah sangkut suka pacifier tu, terus taknak menyusu badan. Mana dia nak dapat sumber nutrien kan?
  • JANGAN GUNA PACIFIER SEBAGAI LANGKAH PERTAMA - Kalau baby merengek tu boleh cuba tukar posisi baby dulu ke, atau dukung dan hayun slow2 pun okay. Kena cuba mana2 kaedah yang sesuai dengan baby kita. Dan bagi pacifier pun HANYA SELEPAS DAH MAKAN.
  • GUNA PACIFIER JENIS ONE-PIECE SILIKON & DISHWASHER SAFE - Ada pacifier yang two piece juga. Jenis two piece ni kalau dia koyak/putus boleh menyebabkan baby tercekik kalau dia tertelan cebisan yang dah putus tu
  • BIAR BABY MINTA DULU - Bagi baby pacifier hanya bila dia minta sahaja. Kalau masa tidur pacifier tu terkeluar dari mulut, janganla letak balik. Biar dia biasakan diri tanpa pacifier
  • JAGA KEBERSIHAN - Sebelum baby umur 6 bulan (sistem imun tak kuat), basuhla pacifier tu dengan air mendidih. Lepas dah umur 6 bulan, basuh dengan sabun dan air paip je
  • JANGAN SUGARCOAT PACIFIER - Jangan gatal2 nak letak manisan kat pacifier supaya anak senang nak hisap pastu korang sambung main ig kat phone.
  • PASTIKAN IA SELAMAT DIGUNAKAN - Guna pacifier yang sesuai mengikut umur baby dan selalu la check pacifier kot2 dah nak terkoyak. Jangan beli pacifier bersama tali sekali tu. Kang terbelit leher anak masa kita tak sedar.


Kesimpulannya, pacifier ni memberi kebaikan dalam 6 bulan pertama kehidupan baby anda . Namun risiko akan mula melebihi kebaikan pada umur 6 bulan keatas. Walaupun susah, kita sebagai ibu bapa kena pastikan anak2 berhenti menghisap puting bila dah sampai waktunya.

Alhamdulillah Naura reject pacifier. Saya saje je la beli pacifier pigeon konon nak standby nak bagi die tido lena lagi lepas menyusu sebab biasanya lepas df walaupun nampak macam lena da tidur, sebenarnya tak pun. So bile da try bagi 2-3 kali memang Naura tolak je..

So mommy kena usaha la bagi susu banyak. Stress jugak ni sebab nak fully bagi breast milk dan stop susu formula tapi memang tak boleh... Ada suggestion tak??
0 Komentar untuk "Dilema Mommy Nak Bagi Pacifier Pada Anak"

IKLAN


Back To Top