You don’t have to be big. You have to be remarkable

Tempat Best Di Melbourne | TRAVELOKA

Tempat Best Di Melbourne | Bercuti Di Australia | Tempat Menarik Di Australia | Travel Bersama Qatar Airlines | Review Traveloka



Assalamualaikum
Sapa teringin nak pergi Australia? Sebut je Australia terus terbayang beruang koala yang comel dengan kangaroo melompat sambal bawa anak dalam poket. Australia ni negara yang boleh dikatakan agak besar dan Melbourne salah satu destinasi tarikan pelancong seluruh dunia. Jarak Australia dan Malaysia tak de la jauh sangat, almost 9 jam. Lebih kurang naik bas nak balik Kelantan.  Entri kali ni saya nak kongsi dengan kalian macam mana cara untuk book Qatar Airways flight ticket online. Mesti ada yang tak tahu kan? Caranya mudah sangat tau. Baca entri sampai habis tau, sebab sebelum saya kongsikan cara nak beli tiket macam mana, saya kongsikan dulu tempat best nak jalan jalan di Melbourne dan aktiviti apa yang best kalian boleh buat sepanjang di sana.
Kalau travel mestilah nak beli buah tangan kan? Syurga shopping souvenir di Melbourne terletak di Queen Victoria Market, Aussie gelarkan sebagai “Queen Vic” atau “Vic Market”. Tempat tu lebih kurang macam Pasar Seni KL. Barang yang dijual pun hamper sama seperti lukisan, barangan seni, pinggan mangkuk dan sebagainya. Yang lebih menarik lagi,di Queen Vic ni dibahagikan kepada beberapai bahagian tertentu seperti Fruit & Vegetables, Meat, Poultry & Seafood, Gourmet & Deli Foods.  Jadi kalian tak perlu risau if lapar selepas shopping buah tangan sebab ada banyak kafe yang dibuka di situ. Kalian boleh lepak selepas penat berjalan. Selain tu, jika kalian ni jenis yang sukakan persembahan seni dan kebudayaan, kalian boleh lepak tengok persembahan jalanan yang dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan Rabu.

Tempat menarik kalian wajib pergi jika ke Melbourne ialah Great Ocean Road atau lebih dikenali sebagai GOR. Tempat ni dikenali antara world’s most scenic coastal drive. Sepanjang perjalanan kalian akan melalui beberapa tempat menarik terutamanya pantai pantai yang terkenal. Antaranya adalah Bell Beach yang terkenal sebagai tempat meluncur air (surfing). Bestnya… Selain tu, kalian juga akan melalui Cape Otway Lightstation. Kalau kalian rajin, boleh mendaki untuk melihat pemandangan dari rumah api ini. View sangatlah cantik. Untuk masuk ke rumah api ni, kalian kena bayar entrance fee bernilai A$19.50 untuk dewasa dan A$7.50 untuk kanak kanak berusia 5 hingga 17 tahun. Kalau pakej keluarga (2 dewasa & 4 kanak kanak) kalian hanya perlu bayar A$49.50 sahaja!. 

Salah satu sebab utama kenapa kalian wajib datang kat sini adalah kerana kalian boleh tengok pemandangan The 12 Apostles ni yang sangatt spectacular, indah dan menakjubkan. Takjub tau…Tahu tak takjub tu macam mane. Hehe.. Ok saya terangkan sikit tentang The 12 Apostles ni bertempat di Port Campbell National Park adalah jujukan batu kapur yang terjadi akibat hakisan air dan udara yang kuat di sini. Batu batu ni dulu ada 12 buah je tapi sekarang tinggal 7 buah sahaja. Ada juga yang cakap ada 9 buah je, 2 daripadanya runtuh pada tahun 2005 dan 2007.

Destinasi seterusnya adalah Philip Island Wildlife Park. Dah sampai Australia rugi la kalau tak tengok depan mata Kangaroo dan beruang Koala ni kan. Ada juga binatang binatang lain. Kat sini, kangaroo ni dibarkan bebas bergerak dan jumlahnya dianggarkan melebihi 100 ekor. Jadi, jangan lepaskan kesempatan untuk bagi makanan kepada kangaroo jinak yang boleh dibeli di kaunter semasa kalian nak masuk kat sini. Harga tak mahal pun. Murah sangat sangat. A$0.50 sahaja untuk satu pack. Oh ye, untuk entrance fee pula, dewasa dikanakan bayaran sebanyak A$19.00 manakala untuk kanak kanak berumur 4 hingga 14 tahun pula sebanyak A$9.00. Ada juga pakej keluarga (2 dewasa & 3 kanak kanak) dengan harga A$50.00 sahaja ! Kalian juga diberikan 1 bag makanan kangaroo dengan setiap pembelian tiket masuk. Best kan? 
Lepas tu kalian boleh bergerak ke Churcill Island Heritage Farm.  Apa yang istimewa kat situ? Yang istimewanya, kalian boleh tengok pemandangan ala ala movie English zaman dulu/ Ada lembu, angsa, kuda, kambing biri biri dan rumah jenis cottage dengan bunga bungaan yang cantik dan menarik.

Rasa macam nak pergi Australia kan? Meh sini, saya nak share macam mana kalian boleh dapatkan harga tiket murah. Firstly, kalian pergi ke website Traveloka atau Apps sebab kat sini kalian boleh search flight yang ada. Contohnya kalau kalian nak ke Melbourne, atau nak cari flights to Melbourne online promo, kalian perlu pilih tarikh yang kalian plan nak pergi. Saya cadangkan kalian pergi bukan waktu cuti sekolah atau musim perayaan sebab kalian akan dapat the best price tau. Kemudian, kalian klik search flight. Kalau tak de, maksudnya tiada penerbangan pada tarikh yang kalian masukkan tadi. Jadi kalia perlu cari tarikh lain pulak. Dalam tu juga kalian boleh buat perbandingan harga tiket penerbangan lain lain airline. Siapa sebenarnya Qatar Airways ni? Mereka ni based di Qatar dan buat penerbangan ke 160 destinasi atau lebih kurang 70 negara. Jadi, mana kalian nak pergi boleh je..


 

0 Comment for "Tempat Best Di Melbourne | TRAVELOKA"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top