Resepi Cekodok Labu Mudah Dan Sedap

Resepi Cekodok Labu Mudah Dan Sedap | Cara Buat Cekodok Labu | Cucur Labu Rangup Dan Sedap | Khasiat Labu


Assalamualaikum 

Teruja nak buat entri ni sebab cekodok labu ni tersangatlah sedap. Sedap daripada cekodok pisang. Actually ni first time saya makan cekodok labu dan buat cekodok labu. Biasanya buat bubur je. Rupanya sedap gile cekodok labu ni. Buat untuk Naura pun habis licin baby makan. Jangan tau makan labu je, nah baca khasiat labu kat bawah ni 


Bahan Bahannya
  • Labu yang telah di rebus/kukus
  • Sedikit gula (jika perlu)
  • Secubit garam
  • Tepung gandum (agak agak)
  • Tepung beras (agak agak)
  • Sedikit air jika perlu 

Cara-caranya
  1. Labu dilecek/dilenyek 
  2. Masukkan sedikit gula dan garam 
  3. Kemudian, tepung gandum (agak-agak je, tapi labu mesti lagi banyak daripada tepung)
  4. Kalau rasa likat sangat boleh masukkan sedikit air. 
  5. Masukkan sedikit tepung beras untuk rangupkan lagi cekodok tu. 
  6. Sedia untuk digoreng hingga kekuningan. Siap!

Boleh tengok video kat bawah ni juga kalau tak berapa nak faham apa yang saya tulis. Tepung tu agak agak je sebab kalau nak ikut resepi betul leceh pulak nak kena pakai cawan, sudu bagai. So ikut macam orang tua lama. Semua main agak-agak. Walaupun agak agak, tetap perfecto ! 


Selamat mencuba

0 Komentar untuk "Resepi Cekodok Labu Mudah Dan Sedap"
Back To Top