You don’t have to be big. You have to be remarkable

Cara Buat Serbuk Beras Segera (Rice Powder) Untuk Baby

Cara Buat Serbuk Beras Segera | Cara Buat Instant Rice Powder Untuk Baby | Bubur Segera Untuk Baby


Assalamualaikum 

 
Bile baby dah start makan ni, benda yang paling penting untuk mummy adalah memastikan perut baby kenyang dulu sebelum perut sendiri. Hee.. Makan kena on time, bukan ikut suka hati. Bile nak berjalan tu memang kena pastikan cukup bekalan makanan dan minuman untuk baby. 

Mase berjalan rumah mak cik hari tu terlupa nak bawa dan buat makanan baby. MIL dah pesan bawa makanan baby tapi alahai mummy ni ingatkan keluar sekejap je. So, mase kat rumah mak cik rebus kentang je then lecek bagi Naura makan. Muntah la Naura makan kentang kosong gitu je. Then bagi makan betik sikit. Nak beli instant rice powder mahal jugak. Baik buat sendiri memandangkan saya ni memang ada masa untuk buat.. 

Cara Buat Serbuk Beras Segera

  1. Basuh beras hingga bersih dan biarkan kering
  2. Bile beras dah kering boleh sangai atas dapur menggunakan api yang perlahan hingga keperangan.
  3. Dah siap sangai biarkan seketika.
  4. Kisar hingga dapat tekstur halus (powdery)
  5. Kemudian boleh simpan dalam bekas kedap udara.
Boleh tengok video saya kongsikan di bawah ni : 



My Personal Thought : 
Cara masak bubur baby gune instant rice powder ni same je macam masak bubur nasi biasa cume masa lebih singkat dan cepat masak. Frankly speaking, saya prefer gune nasi yang dah masak then blend je dengan sayur, ayam etc. Lagi cepat dan jimat mase.. Cume kalau nak keluar jalan jalan tu saya memang siap-siapkan terus dan sediakan buah seperti buah naga, pisang, betik (yang mudah untuk baby makan) dan biskut. Biskut memang sentiasa ada dalam beg. Nanti saya kongsi cara buat cookies untuk baby. Selamat mencuba mommies ! Kalau malas beli je instant rice powder. Bersepah seller jual..

Till then see u next entry okeh !

Tag : baby food
0 Comment for "Cara Buat Serbuk Beras Segera (Rice Powder) Untuk Baby "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top