You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kejam.. Bapa Hempas Bayi

Salam Semua...

Ari ni berita pilihan NBL adalah mengisahkan seorang bapa yang hempas bayinya yang menyebabkan bayinya patah paha... Aku tak faham la zaman skang bayi pun da jadi mangsa. Kalau dulu kanak-kanak je. Skang bayi pun dah kena... Da berapa kes da yang melibatkan bayi apabila berlaku pergaduhan dalam rumah tangga. Dan aku masih tak faham kenapa manusia tidak mempunyai hati dan perasaan belas kasihan kepada bayi yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa lagi. Masalah kesihatan mental semakin bertambah-tambah dalam kehidupan kita pada hari ni. Tanpa mengira kaum, agama, bangsa, umur. Apabila manusia tak dapat cope dengan masalah dan tekanan yang mereka hadapi ni la jadinya dan tidak mendapatkan bantuan profesional. Nak tahu apa kisahnya.. Jom Baca!!!!


IPOH: Akibat sikap panas baran melampau, seorang lelaki bukan saja memukul isterinya dengan tali pinggang ketika bertengkar dengan wanita itu tapi turut menghempas anaknya berusia 18 bulan ke atas tilam nipis hingga bayi itu patah tulang paha kanan.
Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi di sini pada 7 Januari lalu, namun lelaki berusia 54 tahun itu ditahan polis kira-kira 4 pagi semalam selepas dia menyerah diri di Balai Polis Jelapang.
Akibat kecederaan itu, bayi lelaki berkenaan terpaksa menerima rawatan selama seminggu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia 38 tahun di rumah selepas pulang daripada berniaga.


“Siasatan awal kami mendapati, ketika pertengkaran itu, suspek dikatakan menghempas bayinya ke atas tilam hingga menyebabkan mangsa parah dan dirawat di HRPB.
“Selain itu, suspek juga dikatakan turut memukul isterinya dengan menggunakan tali pinggang hingga cedera selain mengugut wanita itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dzuraidi berkata, suspek yang bekerja sendiri kini direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.


“Suspek kini disiasat atas tiga kesalahan termasuk Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah kepada anaknya serta Seksyen 323 dan 506 mengikut seksyen sama iaitu kerana mencederakan dan mengugut isterinya,” katanya.

Katanya, pihak hospital memaklumkan anak pasangan itu dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan pulang semalam.
Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan maklum balas daripada isteri lelaki itu gagal kerana dia enggan memberi kerjasama disebabkan masih kusut dengan masalah yang menimpa keluarganya.
Bagaimanapun, tinjauan mendapati bayi itu hanya mampu terlantar atas katil di rumahnya dengan keadaan paha kanan berbalut simen.
Malah, anak bongsu yang juga zuriat ketujuh pasangan suami isteri itu kerap menangis disebabkan kecederaan yang dialami.

Apa pendapat korang?? Dah nak masuk umur 60 tahun tapi masih boleh buat perangai macam ni. Biasanya orang macam ni da banyak pengalaman hidup dan mesti banyak cara boleh cope tekanan yang dihadapi tapi ni tak. Makin tua makin menjadi-jadi. Anak da ada tujuh orang pun masih perangai macam ni. Aku tak faham betulSUMBER: HARIAN METRO


P/S: MOOD TGH MARAH... SEBAB KEGANASAN RUMAH TANGGA MAKIN MENJADI. DRPD APA YG AKU PERHATIKAN BEFORE KAWIN PERGHH LAYAN BAIK PAS KAWIN TAK DE MAKNYANYE LAGI. SEMUA ROMANTIK2 TU TAK DA. JANJI2 DA MELAYANG..
0 Comment for "Kejam.. Bapa Hempas Bayi"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top