You don’t have to be big. You have to be remarkable

Tinggal Nota Bunuh Diri di Facebook

Salam Semua... Emm da lama rasanya aku tak update blog.. Tak berkesempatan untuk sharing issues yang happen dalam kehidupan zaman skang.. So today ada masa then bukak berita baca then apa yg paling menarik adalah lately trend nota bunuh diri. Nak mati je tulis nota dalam facebook. Kenapa mereka yang bunuh diri ni jadikan facebook sebagai medium untuk mereka sampaikan apa yg terbuku di hati mereka. Apa-apa pun jom la baca if nk thu..


OMAHA: Seorang pelajar Sekolah Tinggi Millard South di Omaha, Nebraska, kelmarin, sempat meninggalkan nota terakhir di Facebook sejurus sebelum menembak dua pegawai kanan sekolah itu.
Pelajar terbabit, Robert Butler Jr, 17, kemudian membunuh diri dan mayatnya ditemui dalam sebuah kereta hampir dua kilometer dari tempat kejadian.

Ketua Polis Omaha, Alex Hayes, berkata remaja itu adalah anak kepada anggota polis tempatan.
Katanya, Butler menembak pengetua sekolah tinggi itu, Curtis Case, dan penolongnya, Vicki Kaspar.
Kaspar yang mengalami kecederaan parah akibat terkena beberapa das tembakan kemudian disahkan mati tidak lama kemudian, manakala Case masih dirawat kerana parah.
Menurut sumber, dalam catatan terakhirnya di Facebook, Butler berkata, sekolah berkenaan banyak mengubah dirinya menjadi seseorang yang berbeza daripada biasa.
Disulami dengan kata-kata mencarut, Butler membayangkan dia bosan dengan sekolah berkenaan.


“Saya harap anda semua mengenang saya seperti sebelum ini dan saya meminta maaf kepada keluarga yang terjejas. Selamat tinggal,” katanya.


Menurut sumber, serangan Butler itu mungkin berpunca daripada tindakan sekolah tinggi itu menggantungnya sehari sebelum itu kerana memandu kereta di padang bola.
Saksi, Laura Olson, berkata dia baru saja mula makan tengah hari di kantin apabila kakitangan sekolah berkenaan tiba-tiba datang dan menjerit menyuruh semua orang masuk ke dapur.
Kata Laura, 16, melihat keadaan kakitangan itu yang panik, dia segera sedar ada sesuatu yang tidak kena berlaku.


“Pastilah ia bukan latihan kecemasan,” katanya.
Sekolah tinggi itu terletak di bahagian barat Omaha dan menempatkan kira-kira 2,100 pelajar. - Agensi

SUMBER:HARIAN METRO

P/S: KESIHATAN MENTAL DIKALANGAN MASYARAKAT DUNIA SEMAKIN TERJEJAS. ADAKAH IANYA DISEBABKAN TEKANAN DALAM KEHIDUPAN YANG TIDAK DAPAT DI ATASI. 
2 Comment for "Tinggal Nota Bunuh Diri di Facebook"

macam macam.. huhuhu... fesbuk dah jadi mcm tmpt luah sgalenye dah. semua nk post dekat fesbuk.. huhu

nasib baik remaja-remaja malaysia dididik dengan budaya timur yang tinggi martabatnya, so payahlah nak jadi macam ni.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top