You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kehilangan Patah Kata

Salam Semua..

Sabtuday penuh perasaan yang tidak enak. Sukar untuk aku ungkapkan kata-kata. Semakin aku hilang zon keselesaan aku untuk menapak di dalam rumah yang aku anggap selesa pada pertama kali aku melangkah masuk. Luas, selesa, friendly roomate tu la first impression aku kali pertama aku disini. Tapi kini tidak lagi.. Tahap keselasaan aku semakin menurun dan terus menurun. Aku semakin bosan dan tahap kemarahan aku semakin membuak-buak setiap kali aku menapak langkah ke bangunan yang mungkin dianggap mewah oleh segelintir individu.

Semakin aku meningkat dewasa, semakin aku sedar dengan tahap perkembangan sosial aku. I dont make friends. Semakin maju kehidupan, semakin sukar untuk aku mempercayai orang. Aku lebih selesa berada dalam dunia aku sendiri dan juga persekitaran sosial yang telah aku bina hampir 24 tahun. Kini aku lebih selesa berada dalam kelompok keluarga yang aku percaya, kelompok rakan yang aku percaya dan juga Lurviey.

Minggu ni penuh dengan emosi yang aku sendiri kadang kala hilang kawalan dan sukar untuk mengawal. Aku semakin lemah dalam mengawal emosi aku sendiri. Aku sedar dan aku tahu tapi itu tidak bermakna aku hanya membiarkan emosi aku tinggal tanpa kawalan. Aku bersyukur kerna aku ada insan yang aku sayang yang aku percaya yang sentiasa menyokong aku dan membantu aku.

Saat ini aku masih berada dalam tidak keruan, dan cuba untuk menurunkan tahap kemarahan aku. Bangkit dengan penuh rasa tidak selesa. Bila zon keselesaan hilang, aku mula bergerak menapak untuk mencari zok keselesaan baru.

P/S: Aku mencari Homostesis
Tag : personal
0 Comment for "Kehilangan Patah Kata"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top