You don’t have to be big. You have to be remarkable

Selangor Kecundang : Hancur Harapan

Salam Semua...

Selamat pagi.. Bangun pagi, gosok gigi cuci muka ngadap lappy sambil tunggu masa keluar ngan Lurviey. Bukak berita pkul 4 pagi tadi sebab tak dpt tido cuz jantung rasa mcm xok tgk2 Terengganu dan Negeri Sembilan layak ke Final.. Warghhhhh kecewanye.. Hancur impian aku nk pergi sokong Selangor.. Selangor kenapa ni... Emm tak pe la cube lagi tahun depan.. Anyway tahniah kepada skuad penyu and khabarnye majoriti pemain terengganu terpilih untuk mewakili Malaysia menentang India.. Berita penuh kat bawah ni..


TERENGGANU dan Negeri Sembilan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 selepas meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing pada aksi separuh akhir kedua malam tadi.Negeri Sembilan yang melayan kunjungan T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menang 2-1 sekali gus mara dengan agregat 6-3.

Pada aksi separuh akhir pertama sebelum ini, Negeri Sembilan menang 4-2.Terengganu pula mara dengan agregat 4-1 selepas membenam Selangor 2-1 pada aksi kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.Pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Isnin lalu, gergasi Pantai Timur itu melakar kemenangan 2-0 sekali gus memusnahkan ‘Misi 33’ skuad bimbingan P. Maniam itu.

Final Piala Malaysia 2011 akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

Sumber: Kosmo Online

P/S: Tak dapat ke Stadium tahun ni nk tgk Selangor.. Sigh**


0 Comment for "Selangor Kecundang : Hancur Harapan"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top