You don’t have to be big. You have to be remarkable

Wajah Baru MyKad 2012


Salam Semua 




Bermula 3 Januari ini, MyKad struktur baru akan dikeluarkan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya dan Shah Alam, Selangor. Pelaksanaan di 13 cawangan utama JPN lain akan bermula selepas 10 Januari sebelum diperluaskan ke cawangan seluruh negara, 7 Februari depan.

MyKad struktur baru ini akan dikeluarkan kepada pemohon baru manakala pemegang Mykad lama digalakkan menukar kepada MyKad baru. Hanya satu hari diperlukan bagi pengeluaran di 15 cawangan utama manakala di cawangan lain, tempohnya antara 10 hingga 30 hari bekerja.

Kadar bayaran kekal tanpa sebarang caj tambahan. Struktur baru ini memiliki tiga belas ciri keselamatan berbanding enam pada MyKad lama. Selain menangani masalah kualiti MyKad, ia bertujuan mengekang aktiviti pemalsuan. 

DATUK JARIAH MOHD SAID/KETUA PENGARAH JPN
"Dulu satu gambar sekarang ada dua, satu besar dan satu kecil ghost image, bawah ada ic no yang tak nampak mata kasar, jadi tak boleh dipalsukan."

Perbezaan utama reka bentuk kad yang diperbuat daripada bahan polikarbonat dan cip baru lebih tahan lama. Ciri lain, teknologi turisan laser pada permukaan kad. MyKad baru mengekalkan ciri aplikasi sedia ada dan pelbagai gunanya.

Sumber: TV3 Stesyen Tv Portal
P/S: Ada masa leh la tukar MyKad baru

0 Comment for "Wajah Baru MyKad 2012"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top