Mencari Erti 'Redha'

Assalamualaikum

Sejauh manakah kite redha dengan apa yg ditentukan oleh Allah S.W.T (ditujukan khas utk aku). Redha? Sejauh mana ikhlasnye hati untuk redha dengan ketentuan dan ketetapan oleh-Nya. Mulut ckp redha tapi hati masih tidak dapat menerima kenyataan dan kadang-kala kite mengungkit kembali. Marah, bengang, tak puas hati mula terasa apabile apa yg kita harapkan tidak tercapai..



Aku gambarkan diri aku seorang yg sangat bagus dlm merancang (puji diri sendiri, diakui oleh aku sendiri). Since aku sekolah menengah aku ada own target and setiap target mesti dicapai mengikut jangka masa yg telah ditetapkan. Alhamdulillah most of my target tercapai dengan jayanye. Disebabkan keberjayaan aku dlm mencapai target yang telah ditetapkan aku mula perasan yang aku adalah seorang yg bagus dlm merancang. (huh perasan sungguh die ni). Cuma kebelakangan ni most of my plan tak tercapai. Sumpah aku rasa marah mcm nk sepak terajang kasik puas. Hati rasa nk menjerit melawan ombak kat pantai. Tapi sini tak de pantai.. Jerit dlm hati telan memakan diri. Damn.. 

Aku perancang kehidupan yang hebat tetapi ada yang lebih Maha Hebat dlm merancang arah tuju hidup aku. Allah S.W.T. Tapi kenapa sukar untuk aku menerima kenyataan ni. Sungguh berat hati aku nk terima. Aku masih kesal still mencari kat mana silap aku. Silap aku dlm membuat pilihan atau apa? Kadang kala aku ckp redha tapi sampai at one time aku tak ok balik. So kat situ tak redha la kan? Tak ikhlas la kan? 

You might want something badly but you can't get it. Ever seen small kids or toddlers wanting something/to do something but the parents/ siblings won't let them? Because they are not old enough to do so,not skilled/ knowledgeable enough to let them do it or might be dangerous for them. And it is all because of their parents'/siblings' love for them. We might not be given what we wanted so much because God the All Knowing loves us and He knows what is best for us. When you love Him,then you will understand the meaning of 'Redha', trusting Him to lead you knowing that He will not betray your trust.
Aku petik dari status teacher kesayangan aku masa sekolah menengah. She taught me how to improve english language. Hee.. Ok.. Skang ni aku kena belajar mcm mne nk redha. Bukan mudah untuk redha dan ikhlas. Ckp senang tapi nak buat? Ada benda kite mudah redha dan ikhlas tapi kadang kala terbit rasa 'terkilan' mengapa kite yg terpaksa menghadapi semua tu. Betul tak?

Redha Dengan Qada' :
 
Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang. 
Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :


" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan : 


" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)
 
Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian : 
Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu. 
Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : 
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )



Sedikit pengertian mengenai redha yang aku petik dari laman PMIUSM untuk diri aku and also share kat korang jugak. Sebab sharing kan caring. Redha harus dicari BUKAN dinanti. 


P/S: Belajar menerima kenyataan... 



0 Komentar untuk "Mencari Erti 'Redha'"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top