Assalamualaikum...
Bergambar Di Studio| Seminggu lebih juga aku tak update blog ni. Nak kata penat ntah apa yang nak di penatkan pun tak tahu. Nak kata tak de masa tu macam ye juga walaupun ada masa tapi macam terlupa nak update.
Alhamdulillah tahun ni tahun pertama Naura berpuasa dan belajar berpuasa dan tak sangka juga dia berjaya puasa penuh hari pertama. Setakat ni masih on lagi walaupun pagi tadi balik dari KAFA menangis nangis nak makan tapi bila suruh berbuka dia nak berpuasa. Alhamdulillah selesai juga puasa hari ni.
Sabtu lepas mama ajak bergambar dengan anak menantu kat studio sebelum gerak berbuka puasa di Majestic Hotel. Semua pakai baju kurung dan baju melayu tahun lepas sebab tahun lepas adik ipar, Alan dah fly balik London dan tak sempat raya kat sini, dan adik ipar, Aizat beraya kat Melaka . Aku pula beraya kat sini tapi tak de sekeping gambar pun tahun lepas sebab tengah pregnant dan menunggu masa nak beranak je.
This year kebetulan Alan ada balik sebab raya nanti memang tak dapat nak cuti. Bulan November nanti baru balik. Pukul 4 petang sampai kat My Town terus ke Studio milik kawan biras, Li Lian. Hasilnya ...
![]() |
| Le Familia |
![]() |
| Anak Menantu Mama |
![]() |
| Nenek & Cucu |
![]() |
| Mama & Menantu |





0 Comment for "Bergambar Di Studio "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)