Special Offer

Author

Kepentingan Air Sebelum, Semasa Dan Selepas Workout



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Kira-kira dua per tiga daripada badan manusia terdiri daripada air. Apabila anda bersenam/workout anda akan kehilangan sebahagian besar air dalam badan anda melalui peluh.Air adalah nutrien penting yang terlibat dalam fungsi badan dimana ia membantu untuk membuang bahan buangan yang tidak diperlukan di dalam sel. Ianya penting untuk sistem penghadaman, peredaran darah, perkumuhan, mengekalkan suhu badan dan sebagainya. Secara purata manusia kehilangan 250mm air setiap hari hanya melalui pernafasan dan manusia memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bersamaan 2 liter. 

 Secara ringkasnya, air sangat penting sebelum, semasa dan selepas workout. 
  • Minum air semasa semasa workout penting jika anda inginkan rasa bagus dan bertenaga semasa melakukannya.
  • Apabila workout, anda kehilangan air melalui pernafasan dan peluh
  • Jika anda mula workout dalam keadaan badan yang kurang air atau dehidrasi, anda akan pening, dan letih, dan at the end anda akan cramps. Make sure minum air banyak! 
  • Air membantu anda untuk bersenam lebih efisien.

Di Petik dari website Kevin Zahri,

Apabila anda melakukan rutin latihan senaman, adalah penting untuk anda mengambil langkah untuk kekal hidrasi di sepanjang waktu tersebut. Ramai yang memandang remeh pada kepentingan penghidratan semasa program latihan senaman, sedangkan inilah salah satu faktor yang sangat penting dalam mempengaruhi prestasi anda ketka latihan tersebut.

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?
Perkara pertama, kita perlu tahu berapa banyak pengambilan air yang diperlukan. Adalah mustahak untuk anda meminum air yang mencukupi, tetapi awas jika anda minum terlalu banyak, ini akan menyebabkan kekejangan berlaku, dan menggugat kualiti prestasi latihan senaman anda. Cara terbaik untuk mengetahui berapa banyak air yang perlu anda minum ialah dengan menimbang berat anda sebelum dan selepas sesi latihan senaman. Lihat berapa banyak berat yang kurang, dan itulah jumlah air yang perlu anda minum.

Namun, bagi kebanyakkan ahli sukan, cara ini tidak wajar untuk dipraktikkan. Oleh itu satu garis panduan perlu diletakkan.
  • 2 jam sebelum senaman: Minum air sebanyak 450-600ml auns adalah anggaran yang sesuai.
  • 15 minit sebelum bersenam: Kemudian minum lagi sebanyak 240-300ml. Ini akan memastikan anda berada dalam keadaan yang terhidrat, seterusnya memberi kualiti dalam senaman anda.
  • Semasa latihan senaman: Anda boleh minum 240ml air setiap 15 minit, untuk mengekalkan keperluan hidrasi tubuh anda.
  • Nota: Jika berada dalam cuaca yang sangat panas, anda boleh tambah sukatan air sebanyak 300-360ml setiap 15 minit.


Adakah Air Kosong Merupakan Pilihan Terbaik?
Ada masa-masanya anda tidak semestinya meminum air minuman atau air kosong sahaja. Dalam kes-kes tertentun minuman tenaga untuk bersukan adalah pilihan yang lebih baik. Jenis-jenis air begini mengandungi potassium dan juga sodium yang membantu memastikan elektrolit dalam tubuh anda berada pada tahap konsentrasi yang betul. Malah ada juga minuman untuk bersukan yang mengandungi glukos tambahan yang memberi tenaga. Oleh itu ia membantu mengekalkan kualiti prestasi senaman anda, jika anda mahu bersenam dalam jangkamasa yang lebih panjang. Sekiranya tubuh anda kehabisan glukos, anda akan pitam atau pengsan dan menyebabkan penurunan kualiti prestasi yang mendadak. 
Pengalaman saya sendiri dua kali. Hari jumaat workout, keesokan harinya selsema teruk. Biasa kalau saya selsema teruk memang petanda kurang air dalam badan. Then next jumaat saya workout lagi, and tak minum air, sabtu selsema teruk lagi. Lebih teruk bukan selsema je tau tapi bibir jadi kering serta merta macam bulan puasa. Serik! Tapi kalau air dalam badan cukup lepas workout badan rasa ringan dan bertenaga gile macam baru bangun tidur. 

Sememangnya air sangat penting untuk badan bukan hanya sebab workout. Tak workout pun air memang penting. Nak kulit cantik pun kena minum air banyak. Nak makan supplement yang tengah hot yang putih melepak macam mayat tu pun kena minum air banyak jugak. Nak kulit glowing pun kena minum air banyak jugak. Yang malas minum air putih macam saya ni boleh buat infused water. Rajin sikit nak minum. Anda yang macam tak berapa nak disiplin tu boleh install apps yang remind untuk minum air setiap hari tu. Kesimpulannya, minum la air putih banyak-banyak.

2 Komentar untuk "Kepentingan Air Sebelum, Semasa Dan Selepas Workout "

betul..air sangat penting.. air masak tau.. bukan air manis2 ni kan... Thanks sharing info ni

Info yang sangat berguna sis! Saya bukanlah seorang yang selalu workout, tetapi kalau kurang minum air masak, memang rasa macam nak demam je..

ATASI MASALAH DARK CIRCLE DENGAN MUDAH

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top