You don’t have to be big. You have to be remarkable

My Local Brand XES Shoes Malaysia


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Counting days nak balik kampung tapi at the same time banyak benda nak kena settlekan sebelum balik kampung. Memula cakap kat fams nak sambut puasa pertama kat kampung tapi sebab ada stok yang kena settlekan dulu tangguh balik puasa ketiga nanti, InshaAllah.



Hari ni nak share satu produk Malaysia yang saya memang puas hati. Bukan saya je, Lurviey pun same.. Memang setiap tahun saya shopping kat XES je. Lol.. Senang dan mudah. Kalau zaman uni dulu shopping kat Amcorp Mall tapi sekarang XES kat Amcorp dah tak de da..

Hari sabtu went out dengan Lurviey, sebab ada a few stuff yang kena beli and discuss task kena buat before balik kampung. Hajat hati nak bawak beg besar yang baru je pakai 3 kali tapi sayang dah hancur berkecai. Sumpah rase sedih gile sebab BARU PAKAI 3 KALI. Dah sampai masanye masuk tong sampah! Tak puas hati dan menyesal. Handbag ada brand and if tak silap rasenye itu pun produk Malaysia. Femes la jugak. Lepas ni tak nak beli online dah handbag. Yang pasti bukan brand XES. 



Orait, kat atas ni handbag XES yang sama beli masa praktikal dulu, tahun 2011. Pakai banyak kali jugak time praktikal dan time keje and masa outing dengan Lurviey. Masih baru elok dan cantik sikit pun tak rosak apa-apa. Tak bestnye sebab saya salah beli yang kecik sebab terpengaruh tengok orang bawak comel je handbag kecil walhal saya jenis suka letak and bawak banyak barang walaupun benda tak penting. Grrrrrr... Harga handbag ni tak sampai RM100 pun. Tahan lame compare dengan beg yang saya cakap kat atas tadi tu dah la ratus-ratus tiga kali pakai dah rabak..Usia handbag ni dah pun 5 tahun lebih. Memang puas hati sebab tak de cacat sikit pun walaupun dah lame beli, cuma saiz je la kecik.


Model tak dibayar. Hehe... Ni masa cari kasut nak pergi interview. Kasut ni saya beli dan tak pernah pakai sampai sekarang sebab tak pergi mane-mane interview lagi dah.. Masih elok tersimpan rapi dalam kotak. Kasut XES pun tahan lame jugak. Lurviey suke cari kasut kat sini walaupun dah ajak pergi kedai kasut lain tetap nak datang sini and beli XES ni. Saya pun suke beli flat kat sini. Kasut murah tahan lame sesuai dengan harga dan mesra poket. Pilih je nak yang mana satu. Yang mampu milik atau yang eksklusif. Macam-macam ada.. Moga XES terus mengeluarkan dan menghasilkan produk yang berkualiti dan yang penting mampu milik. Sekian sahaja. Sokong buatan Malaysia? Ye saya sokong kalau ianya berkualiti. Kualiti sangat penting. Harga pun same penting cuz saya economic buyer. Lol...

1 Comment for "My Local Brand XES Shoes Malaysia"

kadang2 suka jugak shopping sini kalau flat sbb design dia kena ngn citarasa gitu.. kehkehkeh..

balik nani jgn xbalik.. best puasa kat kampung.. balik terus sampai raya ke? :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top