You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Chocolates Ball Tanpa Bakar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Quick and east recipe. Last day kat rumah before balik KL. Cepat je dah seminggu cuti iftar bersama family.

Nahh hari ni nak share satu resepi yang sangat mudah dan tak perlu nak bakar. Teringat zaman sekolah dulu selalu beli kat kedai kek. Kemain la setiap kali pergi keluar duit beli. Nak buat tak tahu lagipun bukan ada access internet pun. Tak kuasa nak pergi CC semata nak cari resepi.



Bahan-bahan
  • 1 cawan biskut marie yang telah blend
  • 2 sudu besar serbuk coklat
  • 2 sudu besar milo/vico
  • 4 sudu besar mentega
  • 5 sudu besar susu pekat
  • Chocolate rice secukupnya

Cara-Caranya
  1. Campurkan biskut marie yang diblend dengan serbuk coklat dan milo/vico
  2. Kemudian cairkan mentega kemudian masukkan dalam bekas bahan yang diadun tadi
  3. Masukkan susu pekat.
  4. Satukan semua bahan
  5. Kemudian bulat-bulatkan golekkan dan salutkan dengan chocolate rice
  6. Masukkan dalam paper cup dan letak dalam fridge. Siap!
VIDEO 

Senangkan? Kenapa beli kalau boleh buat sendiri. Mudah je.. Boleh makan sambil trngok movie, sambil buat keje.. Selamat mencuba..
0 Comment for "Resepi Chocolates Ball Tanpa Bakar "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top