You don’t have to be big. You have to be remarkable

Diet Mudah Sebelum Kahwin

 

Diet Sebelum Kahwin | Tips Sebelum Kahwin | Tips Turunkan Berat Badan Dengan Mudah | Gaya Hidup Sihat


Assalamualaikum 

Penulis buku The Wedding Dress Diet, Robyn Flips, pakar nutrisi dan pemakanan mengatakan
Yang penting ialah anda kelihatan berseri dan sihat. Jangan biarkan tubuh kurus hingga tampak cengkung (seperti orang sakit) kerana ia memudaratkan seri wajah. “Anda perlu tampak fit bukannya sakit.

Tips Penting Diet Sebelum Kahwin (sumber Eh)

  1. Ketahui Target - Bilakah anda patut bermula diet, bergantung kepada sasaran anda. Jika anda ingin menurunkan lima kilogram, anda memerlukan sekurang-kurangnya lima hingga 10 minggu.  Sasaran jangka pendek ini relevan bagi yang ingin menghilangkan lemak dan tiada kaitan dengan otot adn tisu tubuh. Menurut jurulatih selebriti Hollywood, Cynthia Conde kadar susut berat badan yang ideal ialah tiga kilogram sebulan. Penurunan berat badan boleh dilakukan dengan mengurangkan pengambilan kalori dan bersenam. 
  2. Jangan Stres - Menguruskan persiapan perkahwinan antara faktor penyumbang stres kepada bakal pengantin. Emosi yang tidak stabil antara punca kegagalan diet kerana ramai yang stres memilih makanan sebagai penawar. Oleh kerana itu anda dinasihatkan memulakan program diet lebih awal, begitu juga dengan persiapan perkahwinan supaya tekanan dapat dikurangkan.
  3. Pil Bukan Penyelesaian - Jangan jadikan pil kurus sebagai jalan singkat. Kebiasaannya pil kurus akan memberi kesan kepada sistem nervous. Kandungan kafein di dalam pil kurus pula menyebabkan anda berasa moody dan ‘edgy’, lantas berasa stres dan resah gelisah. Jika masa semakin singkat Cynthia Conde mencadangkan anda mengurangkan pengambilan kalori, tingkatkan pengambilan protein dan elak makanan berlemak. Conde mencadangkan anda mengurangkan pengambilan kalori, ingkatkan pengambilan protein dan elak makanan berlemak. Conde mencadangkan anda mengamalkan diet  begini dalam jangka masa dua minggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung.
  4. Jangan Sekat Makanan - Tidak makan bukanlah cara terbaik untuk diet, sebaliknya anda perlu mengurangkan portion makanan bagi setiap sesi. Selain itu, pakar nutrisi turut mencadangkan anda mengambil makanan dalam portion yang sedikit namun kerap. Jika anda skip  walaupun satu hidangan tubuh akan menukarkan makanan kepada lemak sebagai sumber tenaga. Manakala jika anda mengurangkan portion, makanan yang diambil akan dibakar secara berkesan dan lemak akan menjadi sumber utama tenaga. Lebih pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi vitamin dan khasiat yang baik untuk kulit. Sekali gus seri wajah  di hari bahagia dapat diserlahkan dari dalam.
  5. Bersenamlah - Lakukan senaman ringan sekerap yang mungkin. Sebagai bakal ratu sehari ramai yang gusar untuk melakukan senaman lasak atau berat kerana bimbang memudaratkan kesihatan diri. Senaman ringkas seperti berjalan sejauh tiga batu, atau berjoging sudah memadai. Lakukan dengan kerap supaya bentuk tubuh idaman di hari bahagia menjadi kenyataan.
  6. Berpuasa - Berpuasa antara amalan yang disunatkan dalam Islam. Semua sedia maklum berpuasa itu banyak hikmah dan kebaikannya. Oleh itu, apa kata anda  berpuasa sebagai salah satu proses menurukan berat badan. Namun, awas menu anda pabila berbuka puasa, jangan berlebih-lebihan dan sebaiknya pilih yang berkhasiat sahaja. Tiada istilah reward diri setelah letih dan berlapar sepanjang hari.
Mudah kan? Mudah kalau nak! Saya dah berjaya gain weight tapi mase 1-2 month memang susah sangat-sangat. Now fasa maintain sahaja. Cuma sekarang tak berapa nak ada masa untuk workout plus tak berapa rajin. Haishh.. Bila penyakit malas ada semua tak jadi. Anyway goodluck pada bakal-bakal pengantin yang tengah on diet! Diet dengan betul dan jangan menyeksa diri.

1 Comment for "Diet Mudah Sebelum Kahwin "

waa'laikumussalam... sy plan nak diet, tp x jadi. x blh tahan nafsu makan. so, bnyk mana sy mkn sbnyk tu la sy kena bsenam

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top