You don’t have to be big. You have to be remarkable

Nasi Ayam Goreng Rempah Depan Menara TM Bangsar

Nasi Ayam Goreng Rempah Depan Menara TM Bangsar | Makan-Makan RNC | Santai Makan | Ayam Goreng Rempah Murah Bangsar


Assalamualaikum 
Hari ni mood tak berapa rajin nak masak sebab hari ni closing nak kejar target. Jadi kaki ayam yang beli tadi masak esok la. Nak buat sup kaki ayam. Hari ni nak try nasi goreng ayam rempah depan Menara TM Bangsar. Biasa lalu je, hari ni singgah la sebab malas nak singgah Amjal. Asyik Amjal je kan. Bau semerbak. Makan panas-panas mesti best. Oh ye, saya beli ni kat depan Menara TM dekat dengan stesen LRT Kerinchi. Akak ni jual dengan lori. Selain ayam rempah ni ada nasi ayam jugak.
Harga RM5 sahaja. Ingatkan RM6-RM7. Alhamdulillah. Mintak lebih kuah gulai. Balik ingat nak terus makan tapi perut masih terasa kenyang walaupun keluar jalan kaki satu jam dengan perut kosong. Stok jamu pun habis malas nak buat. Perut ni mengada sikit. Bile ada makanan, time tu la kenyang, bile tak de apa-apa lapar sampai berbunyi-bunyi. Malu kat orang kalau dengar. Grrr.. 
Sejam berjalan dapatlah 5560 langkah. Banyak berjalan tapi kalori yang dibakar 161.3kcal je. Bukan senang nak bakar kalori tapi tambah kalori mudah je. Lol.. Nanti saya review smartwatch kedua saya ni.

Tag : food
0 Comment for "Nasi Ayam Goreng Rempah Depan Menara TM Bangsar "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top