Assalamualaikum...
Sekejap Yang Bermakna Dapat Jumpa Mama | Rindu yang terpendam dalam hati aku je yang tahu macam mana. Alhamdulillah semalam dapat jumpa mama walaupun sekejap. Kebetulan adik bongsu, Nadia ada exam mandarin kat Cheras jadi adik bawa sekali mama. Mama duduk dengan adik kat Perak. Gilir gilir dengan adik yang duk kat Penang. Soon inshaAllah dengan aku pula. Semoga Allah permudahkan.. Aamiin .
![]() |
| Nenek Apong (kampung) & Aqeel. Apong tu sebab Naura pelat nak sebut kampung. |
Mama excited datang nak main dengan Aqeel tapi Aqeel pula 'melalak' je. Geram nenek. Nenek dalam hati nak balik duk kampung sebab bosan katanya tak boleh merumput, bercucuk tanam.
![]() |
| 3 stooges |
Puas hati dapat main lama semalam tiga orang ni. Dah lama tak berkumpul ramai ramai. Aidan belum sampai lagi masa ni. Dan dua orang lagi (Faqeh dan Iman) di Penang.
![]() |
| Makanan belum sampai. |
Semalam dorang cakap nak makan kat kedai Siam tapi area aku ni tak dapat fikir kat mana. So aku bagitau makan Al Dini Seafood je. Plan nak pergi KChiangMai tapi Lurviey kata jem teruk nak keluar ke arah sana. Jadi makan kat sini je la. Nasib baik makanannya sedap cuma portion tu macam tak masuk akal. Ciput je.
Lepas makan mama bagitau nak jumpa besan (mama Lurviey) sebab dah alang alang turun kat KL ni bila lagi nak jumpa. Call mama tapi tak de jawapan. So, terus ke rumah mama rupanya mama kurang sihat. Mama bertemu mama sekejap dan semua solat Maghrib kat rumah mama. Lepas solat semua gerak balik rumah masing masing. Alhamdulillah. Walaupun sekejap tapi bermakna. Rindu nak berkumpul macam dulu. Jumpa raya nanti inshaAllah. Aamiin...
Tag :
emovere




0 Comment for "Sekejap Yang Bermakna Dapat Jumpa Mama"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)