You don’t have to be big. You have to be remarkable

Peduli Sihat Untuk Rakyat Selangor Sahaja

Kad Peduli Sihat Selangor | Peduli Rakyat | Peduli Sihat


Assalamualaikum 

Wahhhh untungnya jadi rakyat Selangor. Nah berita gembira untuk rakyat Selangor ' KAD PEDULI SIHAT SELANGOR'. Warga Selangor dialu-alukan untuk mendaftar dalam Kad Peduli Sihat Selangor. Ianya PERCUMA

Kategori A 
  • Untuk suami/isteri atau anak-anak (dibawah 21 tahun) yang berkelayakan.
  • Pendapatan isi rumah RM3000.00 sebulan dan ke bawah 
  • Dapat isi kad bernilai RM500.00 setahun. 
  • Had gunaan : RM50 setiap kali rawatan 
  • Jenis rawatan/perubatan : Tiada had. 
  • Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga/pemegang akaun utama)
Kategori B 
  • Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan
  • Pendapatan individu : RM1500.00 sebulan dan ke bawah
  • Dapat isi kad bernilai RM200.00 setahun
  • Had gunaan : RM50 setiap kali rawatan
  • Jenis rawatan/perubatan : Tiada had
  • Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu/pemegang akaun utama)

Syarat-Syarat Kelayakan. 
  1. Warganegara Malaysia 
  2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun 
  3. Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani permohonan serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses. 
  4. Borang boleh isi secara dalam talian atau dapatkan di pejabat ADUN berdekatan. 

Pertanyaan lanjut boleh layari di http://pedulisihat.com atau hubungi 03-20893911




0 Comment for "Peduli Sihat Untuk Rakyat Selangor Sahaja "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top